fbpx

Linda Rafar: Mak Belum Tahu Tangan Dia Sudah Tiada

Sebak pun ada apabila membaca luahan hati penyanyi Linda Rafar mengenai ibunya yang tercinta. Melalui perkongsian Linda di Instagram, beberapa bulan sebelum ini, ibunya terkena gigitan serangga di bahagian tangan.

BACA: Di Sekitar Majlis Akikah Anak Linda Rafar & Syed Aiman

“Cuma hari ini hari yang Linda rasa sebak sangat-sangat pasal tangan mak yang kena gigitan serangga 3 bulan lepas dipotong sampai bawak siku. Mak belum tahu yang tangan dia sudah tiada. Tak sampai hati nak beritahu dia”

“Cuma apa yang Linda nak mintak jasa baik semua toling doakan mak Linda terus kuat dan sihat kembali macam selalu. Linda tak kuat nak harungi semua dugaan ini tapi Linda percaya setiap dugaan yang Allah beri pasti ada ganjarannya. Linda sayang mak Linda sangat-sangat,” luahnya di Instagram.

Sementara itu, menurut kenyataan Linda di Harian Metro, akibat gigitan serangga tersebut, ibunya terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi malah turut menjalani pembedahan namun sakitnya tidak beransur pulih.

“Selepas berbincang bersama adik-beradik, kami sepakat untuk mak jalani pembedahan untuk potong tangan yang kena jangkitan. Mak tak tahu pun”

“Buat masa sekarang mak sudah sedar tapi masih dalam keadaan lemah. Kami adik-beradik tak sampai hati nak beritahu yang tangan mak sudah dipotong, jelasnya.

Tangan ibunya yang telah dipotong turut melalui proses mandi, kafan dan kebumi malah penyanyi ini turut berterima kasih kepada individu yang banyak membantu melancarkan proses tersebut. (rtky/s)