fbpx

Hanya berkongsikan video mengenai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Linda Rafar tidak menyangka ada individu yang sanggup memberi ‘direct message’ berbaur lucah dan kata-kata kesat di Instagramnya itu.

Terkejut dengan tindakan individu yang tidak bermoral tersebut, Linda Rafar dan suaminya Syed Aiman tampil untuk membuat laporan polis.

Menurut Linda, mereka bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan. Undang-undang negara tetap ada!

Sebelum ini, Linda telah memuat naik satu video berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin di akaun Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, Linda memohon kepada masyarakat agar berfikir terlebih dahulu mengenai jasa dan pengorbanan Muhyiddin sebelum mereka mengeluarkan sebarang kata-kata kesat di media sosial.

Susulan daripada video tersebut, Linda telah menerima satu kiriman ‘direct message’ daripada seorang individu yang tidak dikenali olehnya.

Kiriman tersebut dipenuhi dengan kata-kata kesat serta lucah sehinggakan Linda dan suami nekad untuk membawa isu ini ke pihak berkuasa.

Undang-undang negara tetap ada. Jangan ingat dengan cara sebar fitnah terang-terang di Twitter, Facebook, Instagram anda semua terlepas ye! Even guna fake akaun or edit all pictures sebarkan, jangan fikir awak semua terlepas hukum dunia! Just wait n see. Allah maha melihat. Takbir Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Ujar Linda lagi, negara ini mempunyai undang-undang dan individu di sebalik akaun tersebut tidak akan terlepas dengan hukuman dunia.

Kenapa manusia sekarang semakin biadab?

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut membaca kiriman ‘direct message’ yang dihantar oleh individu tersebut. Menurut netizen, individu berkenaan telah menggunakan akaun palsu untuk menghantar kata-kata kesat seperti itu.

Diharapkan individu terbabit mendapat hukuman yang setimpalnya. Kami nasihatkan kepada anda, jangan lah sesekali menulis atau mengutuk sesiapa pun dengan perkataan yang tidak elok. Kelak makan diri sendiri. Fikir-fikirkan yer!