fbpx

Linda Onn Nafi Pernah Dapat Gaji Cecah RM45,000 Sebulan Sebagai DJ Radio

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai gaji penyampai radio mencecah puluhan ribu, malah ada dikatakan dibayar sehingga RM150,000.

Perkara itu turut mendapat perhatian penyampai radio Linda Onn selepas ada netizen mendakwa gaji yang diterima olehnya ketika berkhidmat di Suria FM mencecah RM45,000.

BACA: “Tup Tup Esok…Kontrak Tamat” – Linda Onn Dedah Realiti Sebenar Dunia Radio

Linda menafikan dakwaan bahawa dia pernah menerima gaji sebanyak itu ketika berada di mana-mana stesen radio meskipun namanya ketika itu gah dan memenangi anugerah.

Bagaimanapun, Linda berkata dia memahami bahawa kehendak pendengar dan stesen radio juga kini berbeza tambahan pula mereka yang sudah ‘ada nama’ dipanggil untuk menjadi penyampai radio. 

Dalam pada itu, Linda berkata dia gembira mendengar gaji penyampai radio sudah mencecah ratusan ribu serta mengucapkan tahniah pada mereka yang menerima gaji yang tinggi.