fbpx

Linda Hashim Jelaskan Maksud Sebenar Nama Anak

Jelita Clarissa dan Anggun Cassandra – itulah nama dua cahaya mata Linda Hashim hasil perkahwinannya bersama Beego. Menurut pelakon wanita ini, nama yang diberikan kepada anaknya itu bukanlah sesuatu yang pelik sehingga menimbulkan pertanyaan di laman sosial.

BACA:

“Bagi saya nama itu tidak pelik dan yang penting mempunyai makna yang baik, kami rasa nama tersebut unik dan berbeza daripada kebanyakkan nama lain. Anggun dan Jelita itu nama Melayu klasik pilihan suami”

“Jelita Clarissa membawa maksud jelita yang jelas, manakala Anggun Cassandra membawa maksud anggun yang prihatin. “Sebenarya banyak nama yang difikirkan sesuai. Saya juga minta pendapat daripada ibu mertua dan kawan-kawan rapat”

“Suami yang pilih nama awal iaitu Anggun dan nama akhir pula dia serahkan kepada saya untuk pilih,” jelas Linda kepada mStar Online. Harapnya melalui penjelasan ini dapat menjawab persoalan peminat Linda yang tertanya mengenai maksud sebenarnya nama anak pasangan ini. (rtky/s)