Linda Hashim yang kini disahkan hamil anak kedua pada Mei lalu mengakui terpaksa menangguhkan niatnya untuk kembali aktif berlakon selain merancang untuk menumpukan perhatian kepada keluarga.

BACA: Beego, Linda Hashim Sambut Kelahiran Bayi Perempuan


“Pada mulanya saya rancang untuk kembali aktif selepas Jelita (anak pertama) berusia dua tahun, tetapi terpaksalah saya tangguhkan niat itu kerana sekarang mengandung anak kedua pula. Sebenarnya bagus juga, kerana biar dua anak saya besar barulah saya fokus kepada kerjaya”

“Kalau saya sudah aktif baru hamil nanti terpaksa berehat sekali lagi. Buat masa ini biar dua (orang) dahulu,” katanya yang sedang hamil tiga bulan kepada mStar Online.

Sementara itu, Linda menjelaskan dia tidak mengalami alahan teruk seperti mengandung anak sulungnya Jelita Clarissa yang sekaranng ini berumur setahun empat bulan. Dia juga tidak terlalu cerewet dalam hal makanan, namun masih mengamalkan minuman air zamzam dan buah kurma. (rtky/s)