fbpx

“Lima Tahun Kerja Pagi Tak Solat Subuh, Surau Jauh”

Surau jauh dan tidak tahu bagaimana membahagikan masa sebaiknya di kala masuknya waktu solat, itulah antara alasan Fara Fauzana ketika lima tahun pertama bekerja sebagai penyampai radio sebelum ini. Bagaimanapun, hari demi hari, Fara berubah ke arah yang lebih baik.

BACA: Elly Mazlein Kuat Sentap, Fara Fauzana Hanya Bergurau?

“Seperti juga dalam radio, saya juga sebenarnya seorang yang banyak cakap. Jadi saya tidak mahu orang mengatakan saya munafik dan saya cuba belajar dan awal-awal misalnya terpaksa solat secara bersembunyi kerana tidak mahu dikatakan menunjuk”

“Sebenarnya saya takut jika orang lihat apa yang saya buat itu tidak betul. Namun saya cuba buat (solat Subuh). Pada mulanya memang sukar kerana kekangan masa dan sebagainya, tetapi lama-kelamaan saya belajar dan rasa ada tanggungjawab untuk menjadi a good muslim, ia menjadi mudah dan daripada situ saya mula berubah sedikit demi sedikit,” katanya dalam satu sesi perkongsian.

Perkongsian tersebut dalam masa yang sama turut mendapat reaksi positif daripada peminat selain kata-kata semangat yang diberikan kepada Fara. Buat Fara, semoga perkongsian tersebut turut membuka hati mereka yang turut melalui fasa yang sama seperti yang dilaluinya sebelum ini. (rtky/s)