Bermula hari ini, anda jangan sesekali mengabaikan surat atau e-mel Makluman Program Khas Pengakuan Sukarela daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN).
Program ini bertujuan untuk menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela untuk mengisytiharkan pendapatan dan seterusnya berupaya mengurangkan ketirisan hasil negara.
Jika anda tergolong dalam kategori golongan yang tidak pernah berdaftar dengan LHDNM, belum mengemukakan Borang Nyata Cukai, terkurang lapor pendapatan, tidak lapor keuntungan pelupusan aset dan gagal membuat penyeteman surat cara dalam tempoh yang ditetapkan, anda harus rebut peluang ini!
Bukan itu sahaja, sekiranya anda selesaikan segala dalam tempoh tawaran ini berlangsung anda layak untuk menikmati potongan pengenaan kadar penalti yang rendah iaitu hanya 10% ke atas cukai sekiranya anda membuat pengakuan bermula 3 November 2018 hingga 30 Jun 2019.
Untuk menikmati kadar serendah 10% ini anda harus selesaikan bayaran cukai anda pada atau sebelum 1 Julai 2019.
Tetapi jika anda abaikan tawaran hebat ini, kadar jumlah penalti ke atas cukai akan dinaikkan sebanyak 15% mulai 1 Julai 2019 sehingga 30 September 2019.
Bayaran cukai haruslah dibuat pada atau sebelum 1 Oktober 2019. Ini adalah beberapa kategori pembayar cukai dan kadar penalti yang akan dikurangkan mengikut tempoh pengakuan sukarela dan bayaran cukai dibuat.
Maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi LHDNM. Ingat! Jangan lepaskan peluang merebut tawaran hebat seperti ini.