Jika sebelum ini Che Ta pernah dilarang keluar negara kerana tidak melunaskan tuntutan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), baru baru ini Shaheizy Sam turut didatangi perkara yang sama malah turut membuatkan namanya tersenarai dalam notis muflis.

BACA: Shaheizy Sam Nafi Terima Notis Bankrap


Menurut Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim, artis yang terbabit akan dikenakan tindakan jika mereka tidak berusaha untuk menjelaskan tunggakan.

“Saya tidak mahu kata ramai (artis), tetapi dalam rekod kami, memang ada selebriti yang akan dikenakan tindakan serupa (seperti Sam) selepas ini.

“Hanya tunggu masa saja. Jika mereka tidak mengambil usaha untuk menjelaskan tunggakan, mereka boleh dibawa ke mahkamah dan seterusnya diambil tindakan muflis. Ia adalah prosedur biasa dalam pungutan cukai. Terpulang kepada selebriti itu untuk mengambil tahu mengenai cukai mereka”


“Jika masih tidak faham, mereka boleh berjumpa pegawai kami bagi mendapatkan penerangan. Jangan hanya tunggu kami datang kepada mereka. Prosedur tetap sama untuk semua orang dan tiada yang istimewa,” katanya yang dipetik daripada BH Online.

Apabila berlakunya perkara sebegini lebih lebih lagi melibatkan individu berstatus selebriti, dalam masa yang sama ia turut memberi pendedahan kepada orang ramai dalam menjalankan tanggunjawab terhadap negara. Apa pun, semoga siapa pun selebriti yang terlibat dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik. (rtky/s)