fbpx

Lepas Setahun Menjanda, Lufya Omar Terbuka Hati Nak Kahwin Lagi

Pernah berdepan kegagalan menerusi perkahwinan pertama dengan seorang doktor, pelakon Lufya Omar mengakui kini terbuka hati untuk berbicara mengenai jodoh.

Lufya sebelum ini sukar untuk bercakap mengenai soal perkahwinan apatah lagi pengalaman lama yang masih berbekas di hati. Kata Lufya dia bukan trauma sebaliknya bimbang untuk berkahwin lagi.

BACA: Berang Dituduh Antivaksin, Lufya Omar Tunjuk Bukti Kena Cucuk

“Kalau dulu, memang hati itu tertutup, tak nak fikir langsung soal kahwin. Tetapi, rasanya, sekarang saya dah tak mahu dah sekat jodoh.

“Jika benar Allah SWT kurniakan saya jodoh yang baik dan lelaki yang tepat untuk hadir menemani hidup, saya sudah semakin terbuka dan menerima.

“Saya dapat rasakan, diri kini semakin positif berbanding dahulu. InsyaAllah,jika benar jalannya, saya okey untuk kembali berkahwin,” katanya.

Meskipun terbuka hati untuk berkahwin lagi, Lufya berkata sebagai ibu sudah pasti anak tunggalnya sentiasa menjadi keutamaan.

“Iya memang cakap saya terbuka. Tetapi bukanlah bermakna saya nak berkahwin sekarang juga. Saya masih ada anak yang sedang membesar di depan mata dan dia akan sentiasa menjadi keutamaan saya.

“Sebagai seorang ibu, tentulah saya akan cuba memberikan yang terbaik buat anak, apatah lagi Laana Haura adalah satu-satunya permata hati dan harta dunia akhirat yang saya ada,” katanya.

Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada tahun 2016, namun mahligai perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama empat tahun sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Julai 2020.