fbpx

“Lepas Ni Pegang-Pegang Dah Tak Kena Marah” – Tom

Tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi Tom dan Fuad Rahman yang sah bergelar suaminya isteri selepas melangsungkan pernikahan di Batam Indonesia, semalam.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Tom dilihat memuat naik gambar sekitar majlis perkahwinannya itu serta meluahkan rasa syukur majlis pernikahan berjalan lancar.

BACA: Nikah Di Batam, Tom & Fuad Rahman Sah Bergelar Suami Isteri

“Alhamdulillah, dah sah, lepas ni pegang-pegang dah tak kena marah,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Tom memaklumkan ibunya tidak dapat hadir pada majlis pernikahannya itu kerana ada urusan.

“My mom’ (ibu saya) tak dapat datang, dia ‘busy’ (sibuk). Jadi ‘video call’ (panggilan video) je. Takpa janji restu ibu itu penting. I Love you mak,” tulisnya.

Semalam, pengurus kepada Tom memaklumkan pasangan itu memilih untuk disatukan di Batam bagi memudahkan urusan nikah.

Pasangan itu akan mendaftarkan perkahwinan dalam negara selepas pulang dari Batam nanti dan majlis kenduri  akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.