fbpx

Lepas Kongsi Emoji ‘Popcorn’, Caprice Tayang Gambar Tupai Pula

Semalam, perkongsian penyanyi rap Caprice mengundang spekulasi netizen apabila memuat naik emoji ‘popcorn’ di Insta Story seolah sedang menyaksikan pendedahan atau drama sedang dikupas di Malaysia.

Kemudian, Caprice dilihat memuat naik gambar seekor tupai sedang melompat pula. Rata-rata netizen mengaitkan gambar tersebut dengan pepatah Melayu berbunyi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

BACA: Kerajaan Dah Bertukar, Caprice Bagi Hint Nak Balik Malaysia

Tidak pasti posting tersebut merujuk kepada siapa, perkongsian Caprice itu itu juga turut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang disifatkan sengaja cuba memecahbelahkan masyarakat.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai kemelut penyanyi rap itu dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkaitan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Semalam, Ebit Lew hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai saksi untuk membantu siasatan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengannya seperti mana yang tular menerusi video, baru-baru ini.