fbpx

Lepas Kereta Mewah, Saharul Ridzwan Jual Rumah Pula

Selepas berjaya menjual kereta mewah Mercedes Benz E Class pada Februari lalu, pelakon Saharul Ridzwan mahu mahu menjual sebuah kediaman miliknya di Cyberjaya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Saharul memberitahu rumah tersebut sudah ada pembeli serta mengatakan banyak kenangan di kediaman tersebut dan selepas ini ada pemilik baru.

BACA: Saharul Ridzwan Nak Jual Kereta Mercedes Benz E Class

@saharulridzwan7

Bermacam2 rasa bila rumah yang banyak kenangan ni, bakal beralih dan menjadi milik orang lain. Alhamdulillah. Dengan pengorbanan, akan datangkan kemanisan. InShaaAllah, doakan semoga dipermudahkan kami dan utk bakal pemilik baru ini khususnya. Bismillah. ??

? original sound – SaharulRidzwan – SaharulRidzwan

“Bermacam-macam rasa bila rumah yang banyak kenangan ni, bakal beralih dan menjadi milik orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Saharul berkata dia berharap agar pengorbanan yang dilakukan itu dapat memberi hikmah buat dirinya dan keluarga.

“Alhamdulillah. Dengan pengorbanan, akan datangkan kemanisan. InsyaAllah, doakan semoga dipermudahkan kami dan untuk bakal pemilik baru ini khususnya,” katanya.