fbpx

Lepas Buka Kafe, Fattah Amin Jual Sup Diet Pula

Sejak mendirikan rumah tangga, rezeki Fattah Amin semakin mencurah-curah. Selain mengusahakan cafe yang kini mendapat tempat di hati peminat, Fattah Amin mengorak langkah untuk bergelar usahawan berjaya.

Dah ada kedai makan, dah jual jubah, kali ini Fattah Amin bakal keluarkan produk baru di bawah syarikat miliknya iaitu MRP International SDN BHD.

Dibawah syarikat tersebut, Fattah Amin memperkenalkan produk makanan kesihatan dan tanpa bahan terlarang iaitu MRP Sup DIET & Berrytox.

Dengar cerita sup diet tersebut sangat sesuai untuk mereka yang menjaga bentuk badan dan mampu meningkatkan metabolisma serta memberi tenaga.

Siapa nak badan fit macam Fattah Amin boleh la cuba Sup Diet tersebut yang bakal dilancarkan bulan hadapan.

Sumber: Malay Mail  Online