fbpx

Kota raya Kuala Lumpur terkenal dengan pelbagai tempat menarik yang menjadi tarikan bukan sahaja kepada pelancong, malah bagi penduduk setempat.

Kalau sebut je tempat lepak di Kuala Lumpur ni, kami pasti mesti anda dah tahu tempat mana best untuk tenangkan diri. Nak pula anak-anak muda yang suka sangat lepak di hujung minggu untuk tenangkan fikiran dan jumpa kawan-kawan rapat tu. Paling tak pun mesti kafe ‘Instagrammable’ ada dalam list kan?

Tapi ada satu lagi lokasi menarik yang anda wajib kena pergi iaitu IWK Eco Park @ Pantai Dalam!

Bagi anda yang gemarkan kawasan rekreasi, anda dah boleh tambah lokasi ini dalam senarai tempat untuk beriadah. Sumpah menarik gais! Kalau datang sini pasti akan repeat! Dengan kehijauannya di tengah-tengah KL ni pasti membuatkan anda rasa tenang je bila datang sini. Boleh hilang stress tau!

Taman Dalam Bandar

Kalau anda nak tahu, pusat sukan dan rekreasi yang penuh kehijauan ini diurus oleh syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd. Untuk pengetahuan anda IWK adalah sebuah syarikat pembetungan yang bertanggung jawab menyediakan berkhidmat kepada lebih 29 juta penduduk setara (PE) di Malaysia.

Haaa..bukan tu je, IWK Eco Park @ Pantai Dalam adalah taman rekreasi yang dibina di atas Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 (RSTP2), sebuah loji terbesar dan termoden di rantau ini. Fuh, mantap!

Apa yang menarik tentang taman eko ini adalah kemudahan bersukan dan beriadah. Bukan tu je gais, ada juga kemudahan lain bagi anda yang mahu mengadakan majlis keraian, karnival, bengkel atau mesyuarat serta hari keluarga bagi syarikat korporat atau agensi kerajaan. Wow!


Paling best, bagi anak muda yang inginkan latar belakang “Instagram”, anda juga boleh mengadakan “glam piknik” di sini dengan menyewa peralatan berkelah yang menarik. Boleh la plan dengan kawan-kawan anda tu. Kot la nak surprise kan insan tersayang kan. Ahaks!

Oh ya, kalau anda nak main sukan indoor kat sini pun boleh sebabya ada juga kemudahan sukan gelanggang badminton, futsal dan bola jaring.

Bagi aktiviti outdoor pula ada trek joging di sini, sambil anda keluarkan peluh boleh juga menikmati pemandangan hijau yang indah. Dapatlah tenangkan jiwa yang tengah serabut tu, ye dak?

Dipenuhi Flora & Fauna

Untuk info anda juga, taman ini dipenuhi dengan hampir 2,600 batang pokok sama ada hiasan, herba dan hutan yang telah ditanam di kawasan sekitar. No wonderlah sejuk mata memandang dengan kehijauan pokok di sini.

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat IWK, Wan Esuriyanti Wan Ahmad, IWK Eco Park @ Pantai Dalam ini telah dibuka kepada orang ramai sejak bulan Oktober lepas bagi pengunjung untuk beriadah, serta mengadakan majlis keraian dan sukan.

Tambah beliau, kawasan taman ini adalah terletak di atas Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2, iaitu sebuah loji pertama yang beroperasi di bawah tanah dengan keupayaan rawatan air sisa kumbahan untuk 1.43 juta penduduk setara.

“Permukaan atasnya iaitu sekitar seluas 12 hektar telah menjadi sebuah taman yang kini dipenuhi dengan flora dan fauna serta keredupan pokok-pokok hutan,” katanya.

Dalam masa yang sama, IWK turut komited untuk mengekalkan kehijauan di kawasan taman ini dan kerana itu, salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya telah merangkumi program menanam pokok hutan di kawasan yang telah dinamakan ‘Khazanah Rimba’ di taman ini.

Jomlah Terjah!

Haaa..amacam gais? Tak payah pening kepala nak cari tempat healing dah, IWK Eco Park kan ada! Taman rekreasi ini dibuka dari jam 7 pagi sehingga tengah malam dan masuk adalah PERCUMA. Parking pun PERCUMA weh! Cepat datang sini tau.

Bagi anda yang berminat untuk menyewa atau mendapatkan keterangan lanjut, boleh hubungi talian 03-22 420 420 atau emel kepada [email protected].