fbpx

Leona Sanggup Pakai Baju Kelawar Seumur Hidup

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona berkata dia sanggup memakai baju kelawar seumur hidup jika dia ada satu pilihan pakaian sahaja.

Menerusi perkongsian di Instagram, Leona dilihat memuat naik video mengenakan baju kelawar berwarna merah jambu sambil menari di kawasan rumahnya.

BACA: Leona Terkejut Ditegur Pelat Cakap Melayu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leona (@kasihirisleona)

Difahamkan, Leona baru saja pulang ke Malaysia untuk menghabiskan percutiannya selepas lama berada di London bagi melanjutkan pengajian di Universiti Bath.

Diruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat Leona yang teruja apabila dapat pulang ke tanah air serta memuji kecantikan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu meskipun berbaju kelawar.