fbpx

Leona Terkejut Ditegur Pelat Cakap Melayu

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona terkejut apabila ditegur oleh netizen mengenai pertuturannya dalam bahasa Melayu yang dikatakan pelat.

Menerusi video di TikTok, Leona berkata dia sering menerima soalan dan kritikan netizen mengenai perkara itu namun dia menganggap caranya bercakap adalah normal.

BACA: Salah Lirik Lagu Raya, Azhar Sulaiman ‘Dedah’ Leona Ada Penyakit Keturunan

@leonathe2nd

Ask me ANYTHING ???

? original sound – le yoooooooo na – le yoooooooo na

“Saya dapat banyak komen yang macam ini. Bagi saya, cara saya cakap dalam Bahasa Melayu adalah normal. Kawan-kawan saya pun rasa begitu.

“Tapi bila saya muat naik video dan cakap Bahasa Melayu, orang cakap saya pelat dan tak fasih. Bagi saya inilah cara saya bercakap. Saya agak terkejut bila ada orang mengejek cara saya bercakap

Sementara itu, diruangan komen ada netizen memahami situasi Leona serta mengatakan sekurang-kurangnya dia cuba untuk bercakap dalam bahasa Melayu dan memberikan kata-kata semangat untuk terus berlatih.

SUMBER: mStar Online