fbpx

Leona Nak Kahwin Tahun Depan, Suka Lelaki Gigi Teratur Tak Berterabur

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona berkata mahu untuk menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan dan mahu menjadi ibu di usia muda.

Memetik Media Hiburan, Leona bagaimanapun berkata dia masih belum mempunyai kekasih hati dan meminta orang ramai tidak terkejut jika benar dia berkahwin pada tahun hadapan.

BACA: “Saya Pun Kaya” – Leona Nafi ‘Kejar’ Gabriel Prince Sebab Harta

“Saya merancang untuk kahwin tahun depan, memang saya tiada calon lagi tetapi itu merupakan impian saya, harapnya perkara itu tercapai.

“Tahu saya masih muda tetapi saya memang nak jadi ibu di usia muda sebab saya sangat sukakan kanak-kanak. Semuanya hanya harapan, kalau ada jodoh, jangan terkejut kalau saya kahwin tahun hadapan,” katanya.

Sementara itu, Leona mengakui standardnya tinggi dan agak sukar untuk bertemu lelaki yang menepati cita rasanya. Kata Leona lagi, dia tidak kisah mengenai soal rupa kerana personaliti lagi penting baginya.

“Jujurnya saya memang tiada calon langsung, memang saya cakap mahu kahwin tahun depan tetapi saya sibuk dengan kerjaya dan mencari wang sehingga tiada masa mencari cinta mahupun keluar ‘dating’.

“Sebenarnya susah juga mahu cari teman hidup sebab standard saya sangat tinggi dan kebanyakannya tidak mencapai piawaian itu. Setakat ini tiada siapa mampu ‘impress’ saya.

“Saya suka orang yang matang dan lebih tua daripada saya, gigi kena teratur tidak boleh berterabur. Soal rupa saya tidak kisah sebab kebanyakan bekas teman lelaki saya pun bukanlah kacak sangat. Personaliti lagi penting bagi saya,” katanya.

SUMBER: Media Hiburan