fbpx

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona menafikan dakwaan kononnya dia menjalin hubungan dengan selebriti Indonesia, Gabriel Prince kerana mahu mengejar harta.

Menjawab komen netizen dalam siaran langsung di Instagram, Leona menjawab ringkas, “Tidak, saya pun kaya,” katanya.

BACA: Leona Bakal Berlakon Drama Bersiri

Kenyataan Leona itu disokong oleh netizen lain yang mengatakan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu tidak pelru mengejar lelaki berharta kerana dia juga berharta.

Malah, ada netizen mengatakan mungkin ada segelintir pengguna media sosial lain lupa bahawa Leona juga kaya.

“Apa mereka ini lupa yang Leona pun kaya juga.

“Siapa yang cakap Leona nak kejar harta. Harta ayah dia pun banyak, harta dia pun banyak.

“Tak perlu kejar lelaki banyak harta sebab dia pun berharta juga,” komen netizen.

Baru-baru ini, Leona dilihat ada memuat naik video dan gambar bersama Gabriel Prince. Rata-rata peminat memberi restu Leona menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi itu.

SUMBER: Kosmo