fbpx

Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, pasti ramai tahu anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.

Terbaru, Leona dilihat ada memuat naik video di TikTok memaparkan dirinya lincah menari ketika ketika beratur menunggu giliran di sebuah restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang.

BACA: Netizen ‘Sejuk Mata’ Tengok Leona Bertelekung

@leonsmeonss

Queuing for deen maju

? spin back X collide – ?yt_o00?

Menerusi video itu, Leona menggayakan baju putih menampakkan bahagian perutnya bersama seluar pendek merah. Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian ramai apabila netizen tertumpu kepada kaum lelaki yang beratur di belakang Leona.

Rata-rata netizen berseloroh mengatakan pasti abang-abang dibelakang mengucap panjang melihat aksi Leona menari itu.

Dalam pada itu, netizen mengatakan abang-abang dibelakang kena menjaga pandangan kerana bimbang dicucuk mata oleh isteri ataupun kekasih disebelah.