fbpx

Leona Dedah Kawan Baik Sendiri Bercinta Dengan Bekas Kekasih

Perkongsian pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan kawan baiknya sendiri bercinta dengan bekas teman lelakinya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Leona memuat naik satu video seolah hatinya retak apabila mendapat tahu mengenai perkara itu.

BACA:

Dalam pada itu, Leona turut mendedahkan perkara itu membuatnya dirinya trauma namun sudah melupakannya dan boleh bergurau mengenainya.

Sementara itu, diruangan komen Leona memberitahu dia sanggup pulang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mengesahkan mengenai hal tersebut.

Dalam pada itu, turut menjadi perhatian apabila rata-rata netizen memetik nama pempengaruh media sosial dan pelakon baru Cupcake Aisyah.

Bagaimanapun itu hanyalah spekulasi netizen sahaja dan tiada pengesahan daripada kedua-dua belah pihak berkenaan perkara itu.