fbpx

Rata-ratanya pasti mengetahui malam berinai selebriti terkenal Fasha Sandha dan pasangannya Aidil Aziz yang diadakan baru-baru ini mendapat perhatian ramai dan boleh dikatakan juga majlis itu trending di media sosial.

Bertemakan Melayu Klasik, pasangan merpati dua sejoli ini yang lengkap mengayakan busana serba ungu dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga kedua belah pihak, rakan-rakan artis dan media.

Terpancar wajah kegembiran pada wajah Fasha yang ternyata perkahwinan yang bakal dibina ini mendapat restu keluarga.

Lebih menarik majlis malam berinai tersebut dimeriahkan dengan tarian tradisional Melayu yang terdiri oleh anak-anak Fasha dan kanak-kanak lain.

Difahamkan, mereka bakal bernikah di kampung halaman Fasha yang terletak di Perlis Indera Kayangan.

Fasha yang mengayakan ukiran inai di jari dan tangannya menambahkan lagi seri pengantin buat selebriti ini. Namun baru-baru ini Fasha sempat berkongsi dengan lebih teliti ukiran inai di tangannya.

Menerusi laman Instagram Fasha, ukiran inai yang halus dan kemas itu dirakam oleh lensa kamera Huawei P30 pro dengan terknik superzoom.

Lebih menarik lagi, Fasha berkongsi 3 jarak yang berbeza iaitu 1x zoom, 10x zoom dan 50x zoom dan ternyata lensa kamera ini tidak pecah dan mampu merakam meskipun pada jarak yang jauh.

Selebriti ini juga turut berasa teruja dengan kecanggihan teknik superzoom yang ada pada Huawei P30 Pro tersebut.

Dengar cerita telefon pintar keluaran Huawei ini bakal dilancarkan di Malaysia pada 2 April nanti!

Sama-sama kita nantikan pelancaran Huawei P30 Pro ini. Mana tahu gambar yang diambil dengan teknik superzoom dan banyak lagi terknik yang ada pada telefon pintar tersebut akan membuatkan gambar secantik selebriti Fasha Sandha.

Ha lagi satu! Dengar cerita semasa pelancaran Huawei P30 Pro nanti, Huawei Backup akan beri hadiah percuma berupa 1TB ruang simpanan kepada pelanggan bertuah!

Jadi anda jangan lepaskan sesi pelancaran Huawei P30 esok (2 April). Mana tahu hadiah itu milik anda. Bolehlah anda simpan semua gambar, video, dokumen dan applikasi dari telefon pintar anda itu dengan menggunakan USB-C sahaja.