fbpx

Lengkap Dengan Kecanggihan Terkini, HONOR 10 Lite Bawah RM800?

Bagi melengkapkan lagi gaya hidup anda pada masa kini, HONOR Malaysia melancarkan satu telefon pintar, HONOR 10 Lite yang boleh dikatakan sebagai buah tangan untuk anda bergaya anggun selepas ini.

HONOR 10 Lite merupakan telefon pintar mampu milik dengan reka bentuk yang unik dan harganya pula dijual dengan hanya RM649 sahaja.

Tidak mahu ketinggalan dalam dunia teknologi digital, HONOR 10 Lite memenuhi citarasa penggemar gadjet dengan kecanggihan ini.

1. Gabungan Estetika Dan Teknologi Yang Sempurna

HONOR 10 Lite hadir dengan reka bentuk skrin dew-drop yang merupakan evolusi daripada skrin paparan yang mempunyai takukan.

Meskipun pada bahagian skrin depan mempunyai dew-drop namun paparan skrin HONOR 10 Lite akan membuatkan anda lebih selesa dengan paparan skrin Full HD yang bersaiz 6.21-inci dan resolusi 2340 x 1080 dengan nisbah skrin 19:5:9.

Manakala pada bahagian belakang pula, direka dengan 8 lapisan yang berkilau seakan kaca bagi memberi sentuhan yang menawan dan elegen kepada pengguna.

Diilhamkan dengan warna-warna yang seindah di langit, HONOR 10 Lite hadir dengan warna Sky Blue, Shiny Red, Sapphire Blue dan Midnight Black.

2. Kamera selfie 24MP

Melengkapi lagi gaya foto anda dalam media sosial, HONOR 10 Lite hadir dengan kamera selfie 24MP dengan aperture F2.0 bersama fungsi kamera AI.

Pelbagai fungsi senario pada bahagian kamera hadapan untuk anda antaranya Blue Sky, Greenery, Flowers, Beach, Stage performance, Indoor dan Snowscape.

Tapi jangan anda tak tahu, kamera AI yang dimiliki oleh HONOR 10 Lite ini mampu mengiktiraf lebih daripada 500 senario dalam 22 kategori, secara automatik menerapkan tetapan terbaik untuk hasil yang sempurna.

Namun kamera bahagian belakang, dilengkapi dengan dwi-kamera 13MP + 2MP, yang bakal menjadikan gambar anda bagai seorang yang profesional.

Bukan sahaja fungsi kamera AI yang terdapat pada kamera selfie, namun ia juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi dan mod penggambaran pada waktu malam seperti mod Super Night.

3. Sistem Operasi Terbaru

 

HONOR 10 Lite menawarkan sistem operasi Android 9.0 Pie yang disertakan bersama-sama EMUI 9.0.

Tiada perbezaan sistem operasi yang digunakan oleh HONOR View 20 yang turut sama menggunaka Android 9.0 Pie dan EMUI 9.0.

Menariknya, dengan ada EMUI 9.0 menjadikan sistem AI lebih mudah digunakan oleh anda dengan menggunakan HiVision

Uniknya penggunaan HiVision ini mempercepatkan kerja anda untuk menterjemahkan teks atau foto dalam bahasa yang anda inginkan. HiVision ini boleh terjemah lebih pada 10 bahasa.

Bagi anda yang ingin membeli barang pun sangat mudah, HiVision akan terus membawa anda kepada platfom e-dagang dengan hanya mengimbas sesuatu item yang anda mahu. Sangat sesuai untuk anda yang ingin bercuti!

Bukan itu sahaja, dengan HONOR 10 Lite ini anda akan lebih terjamin dan tidak rasa ragu-ragu untuk tinggalkan telefon anda kerana ianya mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dengan adanya password vault.

4. Tahap Bunyi Panggilan Yang Kuat

Jika sebelum ini, telefon pintar anda sukar untuk anda dengar dengan jelas apabila anda membuat panggilan dalam keadaan yang bising.

Tapi dengan HONOR 10 Lite ini anda akan dengar dengan lebih jelas kerana HONOR 10 Lite telah pun meningkatkan tahap panggil dengan menggunakan teknologi AI.

Menarik lagi, HONOR 10 Lite ini juga mempunyai Elevator Mode.

5. Pemproses

HONOR 10 Lite hadir dengan pemproses Kirin 710. Pemproses Kirin 710 dikatakan sangat hebat tanpa sebarang masalah.

GPU Turbo juga berperanan memastikan pemprosesan grafik yang lebih baik dan pada masa yang sama lebih efisen.

HONOR 10 Lite kali ini dilengkapi dengan satu kapasiti RAM 3GB dengan dua pilihan memori dalaman 32GB atau 64GB.

Sama seperti HONOR 10, kapasiti beteri HONOR 10 Lite masih lagi 3,400 mAh dengan pengecasan 10W yang boleh di cas melalui sambung microUSB.

Sesuai untuk anda yang sering sibuk sehingga terlupa membawa pengecasannya. Ternyata HONOR 10 Lite ini akan buat anda jatuh cinta berulang kali dengan kecanggihan yang dikeluarkan oleh HONOR.