“Lelaki Yang Bitter Ni Semua Miskin..”
Boleh dikatakan ramai netizen yang kurang senang dengan pertunangan pelakon Intan Najuwa dan pasangannya, Razrul Anwar Rusli yang 16 tahun lebih tua daripadanya.
Malah ada yang menuduh Intan memilih jejaka tersebut disebabkan harta dan mata duitan. Malah ada netizen mempersoalkan adakah benar hubungan mereka atas dasar cinta atau duit semata-mata.
BACA: Fatin Afeefa Nafi Bercium Di Tempat Awam
Isu tersebut turut mendapat perhatian pelakon Fatin Afeefa yang juga rakan kepada Intan Najuwa yang meluahkan pendapatnya terhadap netizen yang mengkritik intan.
lelaki yang bitter semua miskin ?? https://t.co/XcxYYsTlU7
— khaleesi (@FatinAfeefa) August 20, 2019
Perkongsian Fatin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Malah ada yang melabel Fatin mata duitan gara-gara memberikan pendapat sedemikian.
Tidak kurang juga ada yang mengaitkan Fatin dengan kontroversinya terdahulu apabila dia didakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang.
Apa pun itu hanya pendapat Fatin sebagai seorang rakan. Lagipun siapa kita untuk pertikaikan jodoh seseorang. Lebih baik kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Intan dan tunang.
- SUMBER
- Media Hiburan
Who? Haram x kenal. Semoga diperludahkan ..
Rotikaya, pls la. Aku datang sini sebab nak baca comment. Tapi sejak ada iklan tah pape ni. Aku jadi malas nak bukak rotikaya dah. K la. Bye
Betul…dulu aku x masuk b. nara sbb diorg buat iklan mcm ni la. La ni R. Kaya pulak buat. So bye be la….tukar lain pulak….hahaha.
Ada aku kesah. Sape yg kesah budak tu kawin dgn siapa pun. Netizen xde keja saje komen bkn2 xyah layan lar. Buat ape gaduh2 baru bertunang je kot