fbpx

Lelaki Tak Siuman Tunjuk Anu Kembali Buat Onar Depan Rumah Siti Nurhaliza

Menerusi Insta Story, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsikan detik mencemaskan apabila didatangi seorang lelaki kurang siuman di hadapan rumahnya siang tadi. Lelaki berkenaan bertindak menjerit-jerit dan melakukan kekecohan.

Menurut Siti, lelaki berkenaan merupakan individu yang sama pernah dipenjarakan kerana berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan di hadapan kediamannya lima tahun dahulu.

BACA: Backup Nabila Razali, Netizen Ungkit Kesilapan Siti Nurhaliza

“Tolong! Macam mana nak buat! Ingat tak orang tak siuman yang pernah buat kacau di rumah saya dulu dah pernah masuk penjara dan surat khabar, kini menjelma kembali.

“Serba salah jadinya… Menjerit-jerit depan rumah,” kata Siti.

Bagaimanapun, Siti tidak menyatakan lebih lanjut jenis gangguan yang diterima daripada lelaki berkenaan.

Untuk rekod, pada tahun 2015 Siti berdepan detik cemas apabila seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di hadapan rumahnya di Bukit Antarabangsa, Ampang.

Lelaki berusia 49 tahun ketika itu yang merupakan seorang penganggu bagaimanapun dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas didapati bersalah.

Difahamkan, bapa kepada dua anak itu dipercayai datang beberapa kali ke rumah Siti dengan tujuan yang sama.