fbpx

Baru-baru ini satu video di TikTok memaparkan pasangan pempengaruh media sosial, Misya Mazlan dan suaminya, Aslam menjadi perhatian ramai.

Menerusi sesi siaran langsung itu, Misya membalas komen netizen yang mengatakan dia memilih Aslam kerana rupa parasnya yang kacak dengan menafikan perkara itu.

BACA: Marissa Sedang Berpantang, Misya Ada Sebab Buat Live TikTok Dengan Aslam

@safespacemuslimah

Bila Misya bagi setepek dekat si Aslam ?

? original sound – ? – ?

“Masa pertama kali saya nampak Aslam, dia lagi hensem dari sekarang. Tapi bila lama-lama baru nampak tak hensem pun rupanya,” katanya.

Bukan itu saja, Misya turut membaca satu lagi komen netizen yang mengatakan lelaki kacak selalunya setia pada yang satu. Mendengar komen-komen yang dibaca oleh isterinya itu, Aslam dilihat terdiam sebentar. 

Apa yang membuatkan netizen terhibur apabila Misya tersasul memanggil dirinya sebagai isteri kedua ketika membalas komen dan Aslam dengan cepat membetulkan kenyataan itu sambil ketawa kecil.

“Saya hormat dia, walaupun dia macam tu dia tetap jaga isteri nombor dua. Eh, eh nombor satu. Salah cakap lah, nombor satu! Allahu Akbar, apooo,” katanya sambil ketawa.