fbpx

Lelaki Guna Nama Rozita Che Wan, Tipu RM19,000

Harian Metro edisi Jumaat lalu melaporkan yang Rozita Che Wan telah membuat laporan polis tentang aktiviti seorang lelaki yang menggunakan namanya untuk menipu seorang pereka fesyen dengan nilai kerugian RM19,000.

Rozita Che Wan yang mendakwa mengenali individu terbabit berkata lelaki berkenaan telah memperdaya seorang pereka fesyen dengan menempak 70 pasang baju pengantin untuk majlis perkahwinan beliau di Kedah.

“Padahal saya tak buat majlis bersanding di Kedah. Saya percaya lelaki penipu itu menggodam akaun Instagram saya dan menyamar sebagai saya untuk membuat tempahan dengan pereka fesyen terbabit,” ujar Rozita Che Wan.

“Saya buat laporan polis bagi membersihkan nama saya dan bagi menghalang lelaki itu daripada terus menipu orang lain pula,” tambahnya lagi. (rtky/m)