fbpx

Lelaki Bukan Hanya Tahu Kahwin Lebih Saja, Wajib Tahu Tanggungjawab Juga

18 daripada 19 lelaki di muka bumi ini akan mengimpikan sebuah ikatan perkahwinan. Agama membenarkan lelaki memiliki lebih daripada seorang isteri. Dengan syarat wajib berlaku adil dan bertanggungjawab.

Sentuh bab tanggungjawab, selain nafkah zahir dan batin, lelaki atau suami atau ketua keluarga perlu peka dengan amal ibadah seisi keluaganya. Biasanya satu keluarga akan ketagih untuk melaksanakan amal secara berjemaah seperti solat berjemaah, puasa bersama satu keluarga atau pergi umrah atau haji sekeluarga.

Tetapi bagaimana pula dengan Zakat? Adakah zakat wajib untuk kita ketua keluarga sahaja atau satu famili perlu berzakat.

Wajib Zakat Harta Kepada Semua Umat Islam

Menjadi tanggungjawab seorang lelaki atau penjaga dalam sesebuah keluarga itu untuk mentaksirkan dan menunaikan zakat harta seperti simpanan wang anak-anak dan ahli tanggungan mereka.

Malah setiap individu yang beragama Islam di dalam rumah termasuklah orang kurang upaya, orang kurang waras, anak yatim, anak tidak sah taraf, anak angkat, datuk dan nenek perlu membayar zakat harta apabila harta yang diwarisi mereka cukup syarat yang ditetapkan.

Syarat wajib zakat harta tidak menetapkan syarat baligh atau berkaitan dengan umur. Syarat wajib zakat harta mestilah seseorang itu beragama Islam, merdeka, memiliki harta dan cukup haul bermaksud cukup tempoh setahun (haul) memiliki harta tersebut dan sampai nisab iaitu paras minimum nilai harta yang ditentukan.

Menjadi tanggungjawab penjaga, wali mahupun ketua setiap keluarga Islam untuk membantu tunaikan kewajipan zakat harta ini untuk mereka yang berada di bawah tanggungan mereka.

Zakat @ Family Lembaga Zakat Selangor

Lembaga Zakat Selangor baru baru ini melancarkan kempen Zakat @ Family yang bertujuan memberi kesedaran kepada ketua keluarga, penjaga atau wali kepada mereka yang belum memiliki keluarga atau tanggungjawab sendiri untuk menunaikan zakat harta seperti dituntut dalam Islam.

Jika anak-anak dan ahli keluarga lain mempunyai simpanan melebihi nisab, mereka telah layak untuk tunaikan zakat harta sebanyak 2.5% dan ini menjadi tanggungjawab penjaga atau ketua keluarga untuk memastikan pembayaran zakat harta untuk diri sendiri, pasangan dan tanggungan diselesaikan sewajarnya.

Ketahuilah yang zakat harta dari anda mampu membantu keluarga lain dari golongan asnaf yang memerlukan ketika ini. Contohnya Lembaga Zakat Selangor (LZS) kini sedang mengagihkan bantuan peralatan persekolahan dan yuran kepada lebih 30,000 keluarga asnaf fakir dan miskin.

Zakat harta anda membantu generasi anak-anak asnaf untuk membentuk masa hadapan yang lebih baik dan sekaligus membantu kehidupan keluarga lain di masa hadapan — indahnya Islam.

Selain mampu membantu keluarga Islam yang lain, pastinya tunaikan zakat harta ke atas setiap harta yang dimiliki ahli keluarga mampu memberikan keberkatan dan keredhaan Allah yang tidak ternilai harganya.

Kunjungi amil yang telah dilantik kerajaan seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini untuk tunaikan zakat harta ke atas ahli keluarga kita. Nilai yang kecil namun memberikan ganjaran dunia dan akhirat yang tidak berhujung.

Jika anda perlukan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang Zakat @ Family, anda boleh layari laman web rasmi Lembaga Zakat Selangor di laman web www.zakatselangor.com.my. Mari berzakat untuk keluarga yang berkat!