fbpx

Sejak pulang ke Malaysia, pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona dilihat tidak lokek memuat naik video buat para pengikut media sosialnya.

Baru-baru ini, komen netizen yang ditinggalkan di TikTok Leona menjadi perhatian apabila tampil menasihatkan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu agar melakukan pemeriksaan kesihatan.

BACA: Leona Tak Sependapat Dengan Bapa, Tak Faham Cara Azhar Sulaiman Berfikir

Menurut individu berkenaan, Leona didakwa mempunyai simptom Hipertiroidisme disebabkan bahagian lehernya kelihatan sedikit bengkak.

“Leona, mungkin boleh pergi check leher awak. Macam ada simptom Hyperthyroidisma.”

“Bukan red flag tapi saya ada thyroid, jadi auto perasan kalau nampak leher orang lain bengkak sikit,” tulis individu itu.

Sementara itu, individu berkenaan turut berkongsi pengalaman menjalani rawatan penyakit itu dan kini semakin pulih.

Untuk pengetahuan, Hipertiroidisme ialah peningkatan penghasilan hormon tiroksina oleh kelenjar tiroid.