fbpx

Lee Min Hoo & Fattah Amin Sebagai Duta Baru OPPO R9s

Kalau sebelum ini kita selalu dengar nama nama wanita popular sahaja dikaitkan dengan jenama telefon pintar popular, OPPO nampaknya kali ini giliran para jejaka kacak pula memahat nama bersama jenama popular di dunia ini.

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan lelaki kacak dari Boys Over Flower ini dan terbaru drama lakonan beliau Legend Of the Blue Sea sudah di tayangkan dan menjadi bual mulut gadis gadis, Lee Min Ho kini secara rasminya sudah menjadi duta untuk OPPO Malaysia. Tapi tak mungkinlah OPPO Malaysia nak ambil seorang je kan lelaki kacak.

Pelakon popular Fattah Amin juga secara rasminya sudah dilantik menjadi duta untuk OPPO Malaysia. Fattah Amin yang semakin popular dengan drama Suri Hati Mr.Pilot ini boleh membuatkan hati gadis gadis cair bila melihat senyumannya.

Selain dari para jejaka HOT, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat juga turut dilantik menjadi duta untuk OPPO R9s ini. Populariti Ayda Jebat ternyata menarik minat OPPO Malaysia untuk melamar Ayda Jebat sebagai duta untuk OPPO R9s.

OPPO Malaysia kini memperkenalkan produk baru mereka iaitu OPPO R9s dengan 16MP kamera hadapan dan juga belakang dengan Dual PDAF dan f/1.7 aperture yang mampu menyerap lebih banyak cahaya dan memberikan efek gambar yang lebih jelas dan cantik.

Untuk anda semua yang selalu ada masalah bateri, jangan risau sebab OPPO R9s menggunakan VOOC teknologi untuk mengecas, ianya seperti 5 minit cas dan mampu menjana 2 jam masa berbual. Selain dari itu, ia mempunyai akses cap jari sepantas 0.2 saat sahaja. Wow!

Pelancaran rasmi OPPO R9s akan berlangsung pada 5 Januari 2017 bertempat di Nexus, Bangsar South. Kepada semua peminat telefon pintar OPPO anda boleh menyaksikan ‘LIVE’ update di link ini oppomalaysia.com.my/R9s_LIVE/ pada hari pelancaran OPPO R9s, bukan itu sahaja anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah misteri dari OPPO Malaysia. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, anda boleh melayari Facebook OPPO Malaysia.

Dengan tagline OPPO R9s, Kini Lebih Jelas nampaknya peranti ini memberikan lebih fokus kepada aspek fotografi. Kini anda tidak perlu risau lagi, kerana dengan 16MP kamera hdapan dan belakang ia mampu memberikan gambar yang jelas dan menarik.

Untuk anda yang berminat dengan OPPO R9s, anda boleh melakukan tempahan awal atau blind pre-order dengan hanya serendah RM100 melalui OPPO Malaysia di www.oppostore.com.my/R9s_blind_preorder/.

OPPO R9s, Kini Lebih Jelas. Maklumat lanjut sila layari Facebook OPPO Malaysia.