“Saya Menyesal Orang Tahu Saya Peluk Islam”
Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang mengakui kesal berkongsikan mengenai berita dirinya sudah memeluk agama Islam kepada umum.
Ujarnya, selepas memberitahu dirinya mualaf, Michael berkata netizen suka menghakimi perbuatannya dan tidak kurang juga mempersoalkan amalan dirinya sebagai mualaf.
BACA: Michael Ang Bengang PU Rahmat Tegur Kamal Adli Lamar Uqasha
“Saya akui menyesal orang tahu saya sudah memeluk agama Islam. Rasanya lebih baik saya diamkan saja dan tidak membuka mulut. Selepas terkantoi saya sudah memeluk Islam dan mengesahkan perkara itu kepada umum, saya mula perasan netizen suka menghakimi.
“Malah apa yang saya buat semuanya salah dan ada di antaranya yang tidak salah atau tidak sengaja tapi tetap diadili. Contohnya seperti orang bertanya saya sudah solat ke tidak?
“Saya bukan manusia yang suka menunjuk apa yang saya buat sepanjang masa. Saya takkan muat naik video solat atau apa saja aktiviti keagamaan di media sosial. Itu antara saya dengan Allah,” katanya.
Hampir setahun menyembunyikan status dirinya sebagai mualaf. dia tak menyangka perkara itu terbongkar. Jelasnya, dia tidak mahu berkongsikan perkara itu kerana enggan dianggap mahu meraih populariti semata-mata.
“Walaupun saya seorang mualaf, ia bukanlah tiket atau laluan saya untuk menembusi pasaran Melayu.
“Kalau boleh tengok laman sosial saya, saya tak pernah memuat naik video yang menyentuh soal agama. Cuma ada baru-baru ini saya muat naik video mempersoalkan kenapa ustaz dari program realiti terlalu cepat menghukum artis tapi apabila rakan-rakan mereka terpalit dengan kontroversi, selepas dua atau tiga minggu baru mereka bersuara.
“Saya hanya mahu menyuarakan agar mereka belajar cara bercakap untuk orang ramai mencintai Islam bukannya membenci Islam, atau bukannya takut akan Islam,” katanya.
Terdahulu, Michael memeluk Islam pada 2018 dan pada April 2019, pengarah itu mengaku dirinya mualaf apabila kad pengesahan agamanya tular.
- SUMBER
- BH Online
Setiap apa yang kita buat, buat kerana Allah jangan buat kerana manusia. Cukup hanya Allah saja. Setiap ustaz ada level ketegasannya. Kalau dari hukumnya mengatakan salah tetap salah, terima saja walau ianya agak kasar. Semua berbalik kepadaNya semula. Sebab itu pentingnya kesedaran buat semua mana yang haram mana yang patut ditinggalkan mana yang boleh mana yang tidak. Nak mengajak orang ke agama islam jangan hanya meletakkan tanggungjawab pada ustaz saja tp masyarakat islam sendiri patut memberi contoh yang baik. Jaga kata, jaga adab InshaAllah.
pada aku ustaz ni sama level dengan guru (orang berilmu). betul manusia mn yg tak buat silap tp yg tak boleh terima tu ego terlalu tinggi sampai tak boleh ditegur atau akui kesilapan. bila kau pegang title terhormat belajar la untuk kawal kelakuan, tunjuk contoh yg baik. kalau berdiam bila kawan buat benda mungkar, nmpk sgt penakut dan tak tegas. tegur golongan artis ada sampai mengaibkan. islam pun tak anjurkan perangai mcm ni. renung2 la.
ustaz dari program realiti …mmg macam tu.
bias…ada kepentingan nj jaga mcm da’i dan pencetus.
kalau tegur habis la legasi ustaz mee segera koh koh koh
Ramai jek ustaz yg bash pu, daie yg salah guna title mrk tu. So xde isu sngt pun, bg aku kalau kita lantang suka kondem org walau kita kata niat kita baik tp Allah lg tau apa yg terlintas dlm hati kita. Mungkin sbb kita kepoh sngt hal org tu yg bila org pertikai kita x bole terima pulak! Mula laa cari mcm2 alasan x mau terima kritikkan…
Realiti mmg skg rmi org sakit mental..mcm stiap masa tgu org buat silap then maki kaw2 pdhal xtau hjung pangkal…ikut mulut org ni smpi kita masuk liang lahad baru org diam..kalau org thap lebih2 saman je mcm rita n yasmin hamid buat..manusia ni slgi xkn cmti mmg xakn amek pngajaran..semoga kuat n tabah mic..Allah ada bersama hambanya yg bsbr..
Tu la masalahnya zaman internet dihujung jari ni. Buat ramai jadi busuk hati, lupa kepentingan bersangka baik dan sewenangnya nak lemparkan komen. Tak fikir baik/buruk kata-kata tu sebelum post. Tak de nak rasa takut, sbb selagi org tak saman, diorg rasa kebal and terus2 mengecam. Harap lebih ramai org dpt kesedaran dan berubah kearah yg lebih baik. Amin.
Sebab tu aku x ada akaun personal ig fb semua. Buat apa cerita kat org life dan pndpt kita. Especially strangers. Rambut sama hitam. Hati lain2. Bila x sama msti gaduh
Netizens kebanyakan mmg suka judge.. rasa diri tu sorang je betul..kesian mualaf, diorang kan baru nak belajar dalami agama..
Dah memang kerja manusia sekarang, suka nak menilai, menghukum… Terlalu sibuk nak menyibuk urusan orang lain. Diaorang bukan bodoh tak tahu mana betul mana salah, kalau apa yang diaorang buat salah, itu urusan diaorang dgn Tuhan, kita doakan yang baik2. Bukan menambah dosa dengan nak menilai menghukun orang sesuka hati
Ko sendiri suka komen kredibiliti org lain mcm contoh ko pertikai Noraniza Idris dulu dan bnyk lg kes lain. So bila org pertikai kredibiliti ko tu mungkin Allah bayar cash kt kau sbb suka komen hal org! Kita ni x perfect jd bila org komen maknanya betullah kita ni mmg mungkin ada yg x betul. Jd x payah nk menyesal psl bgtau ko dh muslim ke apa! Ko patut menyesal suka menyibuk hal org walau niat ko cuma nk tegur je…
pd aku ayat dia komen tak kasar pun. tp ramai pu2 & dai terasa la tu. pastu follower bangang pun bahasa lg teruk dr diva AA. berzikir dgn perkataa bodoh, bahalol, babi tua semua keluar. malu la nama islam tp mualaf lg sopan. tak suka jwb la elok2. dia tegur bukan memalukan. sekarang pu & dai terasa pandai lak diam tak menyibuk hal org.