Sudah menjadi lumrah jika ada orang tidak senang dengan kita biarpun kita tidak pernah mengambil tahu urusan hidup mereka. Menerusi Instagram, Rita Rudaini meluahkan rasa geram dengan seorang individu yang sering menjaja cerita buruk tentang dirinya.
Rita turut menyelar sikap segelintir individu yang menghadiri kuliah agama setiap hari tetapi mulut mereka tetap mengata tentang orang lain.
BACA: Penat Cari Duit, Rita Rudaini Menangis Dalam Bilik Air
Malah, Rita turut meluahkan rasa pelik dengan ‘tukang mendengar’ adakah mereka tidak pernah terfikir bahawa individu yang suka menyampaikan cerita keburukan orang lain sebenarnya sedang menunjukkan keburukan mereka sendiri.
Rita turut menyatakan individu yang bersikap sedemikian tidak bahagia dengan kehidupannya walaupun sudah memiliki segalanya.
Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataannya itu. Netizen turut menyindir mereka yang melakukan tindakan sedemikian sebenarnya kurang mendapat kasih sayang.
Dalam pada itu, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan menasihat pelakon itu supaya bersabar dengan ujian tersebut.