fbpx

“Lebih Baik Berkongsi Mengenai Kelahiran Berbanding Kehamilan”

Bulan lalu, hangat diperkatakan mengenai foto selebriti popular, Neelofa apabila dilihat sering memegang perut bahagian perutnya ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban.

Biarpun sudah beberapa kali dakwaan netizen mengatakan bekas pengacara MeleTOP itu berbadan dua, namun masih tiada sebarang kenyataan daripada tuan badan sendiri.

BACA: Empayar Ratus Juta, Netizen Kagum PU Riz & Neelofa Pakai Kasut Skechers Sahaja

Tidak merancang untuk membuat pengumuman mengenai hal kehamilannya itu, Neelofa berkata dia hanya membiarkan orang ramai menilainya sendiri jika bertemu di luar.

“Saya baru balik dari Langkawi dan jumpa ramai peminat. Orang yang jumpa saya diluar boleh menilai sendiri.

“Secara jujurnya saya tiada plan nak buat pengumuman seperti itu. Saya hanya perlukan doa. Nak cakap lebih-lebih takut kerana perkara ini sensitif bagi sesetengah pihak,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa berkata adalah lebih baik jika berkongsikan tentang kelahiran berbanding proses kehamilan kerana bimbang pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

“Untuk sesetengah orang benda ni perkara biasa, namun sesetengah pula sensitif sikit. Kalau nampak saya biasa, biaslaah. Kalau nampak saya berbeza tu berbezalah.

“Kita digalakkan untuk kongsi tentang kelahiran daripada kehamilan sebab apa-apa boleh jadi sepanjang fasa itu. Kalau orang nampak atau tanya saya lebih suka minta doakan sahaja,” katanya.