fbpx

Layan Filem & Rancangan Baharu Ini Di Netflix, Best Giler!

Januari ini jom gais kita nikmati filem dan rancangan baharu di Netflix seperti The Brothers Sun, Gyeongseong Creature Part 2, Lift dan Rebel Moon – Part One: A Child of Fire ini. Memang best giler ah!

Masa inilah anda nak kumpul ramai-ramai depan TV tu sambil makan popcorn dengan famili tersayang. Tak payah pergi tengok wayang pon onz gais. Hadap jer TV ni sambil tengok Nexflix!

Haa.. sebelum tengok filem tu, pastikan jajan, air semua cukup. Letak kerepek kat tepi, air coklat atau kopi panas…Tutup lampu, baru layan!

Dah tak nak cakap banyak, meh kita baca sedikit sinopsis rancangan yang kami sebutkan ni.

The Brothers Sun

Mak bukan sebarang mak. Ini mak yang badass teruk. Michelle Yeoh membintangi The Brothers Sun dalam siri terbaharu Netflix. Michelle Yeoh kalau berlakon jarang la tak best.

Selepas jatuh cinta dengan budak kampung yang akhirnya membesar menjadi salah seorang samseng terkemuka di Taiwan, Eileen Sun (Michelle Yeoh) membuat pilihan untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya seorang dari anak mereka dari terlibat perniagaan jenayah keluarga sementara dia mempunyai peluang.

Jadi dia membawa anak bongsunya, Bruce (Sam Song Li) bersamanya ke San Gabriel Valley di Los Angeles dan meninggalkan anak sulungnya, Charles (Justin Chien), kembali ke Taiwan bersama bapanya Big Sun (Johnny Kou). Dia kemudian dibesarkan menjadi pembunuh yang hebat.

Fuh, siri ini pasti membuatkan anda tak akan berganjak dari tempat duduk lah. Lawan hebat, cerita hebat, pelakon-pelakon pun hebat. Jangan lupa tonton okay!

Gyeongseong Creature Part 2

Drama ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama sudah pun berakhir dengan 7 episod dan bahagian kedua kini sedang ditayangkan di Netflix bermula 5 Januari 2024.

Drama ini mengisahkan berlatar belakang pada tahun 1945 di Gyeongseong, Jang Tae Sang (Park Seo Joon) seorang lelaki yang kaya raya dan mempunyai kedai pajak gadai dan menjadi sumber maklumat utama di Gyeonseong. Dia mempunyai pengaruh yang kuat.

Drama ini akan meneruskan perjalanan dari episod sebelumnya yang meninggalkan banyak teka-teki. Apa lagi rahsia seram yang akan terbongkar di Hospital Ongseong? Gyeongseong Creature Part 2 kini ditayangkan, hanya di Netflix.

Yang penting walaupun Gyeongseong Creature ini bukan drama romantik tapi chemistry antara Park Seojoon dengan Han Sohee memang meletop! Best amat!

Lift

Dibintangi oleh pelakon lawak Kevin Hart, ilem Lift ini mengisahkan kumpulan pencuri antarabangsa yang diketuai oleh Cyrus Whitaker. Bersama bekas kekasihnya, dia secara rahsia merancang untuk mencuri jongkong emas bernilai 500 juta dolar.

Namun, menariknya, kecurian itu dilakukan di udara pada ketinggian sehingga 12,000 meter, kerana emas itu diangkut dalam penerbangan pesawat penumpang dari London ke Zurich.

Bukan sahaja menegangkan, filem Lift juga sedia menghiburkan penonton dengan sentuhan babak komedi yang menarik! Tengok trailer pun dah kelakar gais, mau tengok satu filem ni mengais ketawa keluar air mata, haha. Dah cakap banyak pun tak guna, anda kena tonton sendiri okay! Pasti tak kering gusi weh!

Rebel Moon – Part One: A Child of Fire

Apabila kuasa zalim, Motherworld mengancam perkampungan petani yang damai di sebuah bulan terpencil, orang luar misteri menjadi harapan planet itu untuk terus hidup.

Anda wajib tonton filem bergenre cereka sains, aksi dan kembara ini tau. Anda pasti akan minat tengok movie yang boleh mempercepatkan pengaliran adrenalin anda yang mengujakan, plot yang bergerak pantas dan padu serta suspen ni gais! Part 2 akan datang 19 April nanti!

Tonton Dengan Internet Laju!

Tengah sedap layan movie, tiba-tiba internet slow pula, ahh potong mood jer kan? Nak pula kalau guna data smartphone anda tu, lagilah data internet cepat habis.

Kalau anda nak tahu, setiap movie yang anda tonton tu memerlukan kapasiti yang besar tau untuk menonton. No wonderlah data cepat habis. Pastu beli pula data internet tambahan, ish tak berbaloilah! Baik pakai wifi, lagi berbaloi bayar.

via GIPHY

Jangan risau, dengan adanya pakej Ngam Unifi Home dan Netlix ini anda tak payah pening kepala nak tengok di mana rancangan hebat ni. Anda tonton jer dengan Unifi Home ni, laju tau internet dia, 300 Mbps!

Anda hanya bayar RM139/bulan jer gais. Nak jimat upgrade Netflix Standard ke Netflix Premium, boleh share-share dengan abang, adik, kakak anda tu. Sorang dah boleh bayar murah. Sumpah berbaloi-baloi. Pakej lengkap tau! Memang heaven lah layan movie jer sampai ke pagi! Hehe…

Anda boleh pilih tau pakej mana yang anda nak. Unifi Home 300 Mbps standalone atau Unifi Home 300 Mbps dengan Netflix. Yang penting harga tetap sama, RM139/bulan. Kalau kami memang sah-sah dah ambil pakej sekali Netflix tu, barulah boleh marathon drama Korea. Ahaks!

Apa tunggu lagi, jom langgan segera plan Unifi Home dan Netlix (Jalur Lebar + Netflix) ini sekarang kalau anda mahukan dunia anda yang sebenar! Tak perlu lagi membazir duit untuk membeli data internet yang mencecah ratusan ringgit tu lagi, tak berbaloi tau.

Oh ya, jangan lupa beritahu rakan-rakan anda untuk berubah ke plan yang super duper hebat ini tau. Kita kena jadi bijak!