fbpx

Laudya Cynthia Bella Nak Jual Rumah RM3.6 Juta Kerana Muflis?

Belum reda lagi mengenai kisah rumah tangga mereka yang dikatakan berantakan, nampaknya status hubungan antara Laudya Cynthia Bella dan suaminya, Engku Emran terus menjadi bualan hangat peminat di Indonesia.

Sebelum ini timbul dakwaan Laudya dan suaminya tidak lagi tinggal sebumbung. Terbaru, Laudya kini dalam proses menjual kediaman mereka yang di Jakarta Selatan. Dakwaan mengatakan dia terpaksa menjual rumah tersebut kerana sudah muflis.

BACA: Netizen Persoal Laudya Cynthia Bella Kongsi Foto Raya Tanpa Suami

Media Indonesia melaporkan, jiran tetangga di kawasan tersebut memberitahu mereka sudah beberapa kali melihat beberapa orang calon pembeli yang datang untuk meninjau rumah kediaman pasangan tersebut.

Difahamkan, kediaman mewah itu dijual dengan harga kira-kira RM3.6 juta dan sudah ada beberapa orang datang untuk melihat rumah berkenaan.

“Kelmarin saya dengar anak Presiden Indonesia, Pak Joko Widodo… tapi tak jadi, halamannya kecil,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lelaki yang diberi tanggungjawab melakukan pengubahsuaian kediaman Laudya enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa rumah itu dijual kerana sudah muflis.