fbpx

Gais! Tandakan kalendar anda dan setkan ‘alarm’ telefon pintar anda pada 7 Julai ini kerana HUAWEI Nova 7 akan datang kepada anda! Bukan itu sahaja, anda juga boleh pra tempah online HUAWEI WiFi AX3 dengan harga hanya RM299 pada hari yang sama.

Hanya untuk satu hari sahaja, anda boleh membuat pra tempah online HUAWEI Nova 7 dengan harga RM1,999 secara dalam talian di HUAWEI Store!


Dengan perkakasan dan perisian yang terbaik dalam satu produk yang luar biasa, HUAWEI Nova 7 ini turut dilengkapi dengan widget Petal Search yang telah dipasang sebelumnya dan dilengkapi dengan kamera 5G swafoto tahap Flagship. Kami pasti ini akan memberikan anda pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat pra tempahan online HUAWEI WiFi AX3 pada harga hanya RM299 pada hari yang sama. Hebat kan?

Siapa Cepat Dia Dapat!

Anda juga berpeluang menerima ganjaran tiga kali ganda bernilai RM1,571 sekiranya anda membuat pra tempahan online HUAWEI Nova 7 pada hari Selasa, 7 Julai 2020 bermula jam 12.00 tengah malam di HUAWEI Store. Siapa cepat dia dapat!

Apa yang bakal anda menangi? Jom usha info di bawah:

1. Pakej hadiah HUAWEI Nova 7 bernilai sehingga RM1,315

Dalam pakej ini anda boleh dapat sepasang pembesar suara mini, casing Nova 7, Video HUAWEI (di bawah pakej Dimsum), Penyimpanan Cloud 15GB (sah 12 bulan), Ganjaran Ahli bernilai sehingga RM1,000

2. HUAWEI SuperCharge Powerbank 10,000 mAh bernilai RM256

3. Berpeluang memenangi HUAWEI MateBook 13 bernilai RM3,499

*Ianya tertakluk terma dan syarat dan selagi stok masih ada. Jadi anda jangan lepaskan peluang keemasan ini ya!


Kejap! Bagi anda yang masih lagi berfikir dan perlukan masa untuk membuat pembelian, jangan risau! HUAWEI Nova 7 akan berada di seluruh negara di semua HUAWEI Experience Stores (HES) mulai 10 Julai ini. Jadi, bila-bila masa pun anda boleh buat pembelian.

Petal Search Widget

Bagi pengguna HUAWEI mungkin dah kenal apa itu Petal Search Widget kan?

Kalau anda nak tahu, Petal Search Widget adalah search engine HUAWEI yang akan membantu anda mencari dan muat turun apps dan game.

Aplikasi ini kini dibuat lebih mudah, lebih cepat, dan sentiasa dikemaskini. Dan jangan tak tahu, dalam jangka masa beberapa bulan sahaja, HUAWEI AppGallery kini mempunyai 400 juta pengguna aktif bulanan, menjadikannya gedung aplikasi ketiga terbesar di dunia. Wow!

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan aplikasi terkenal di kalangan pengguna dari HUAWEI AppGallery seperti Maybank2u, Lazada, TikTok, Wechat dan banyak lagi. HUAWEI AppGallery adalah ‘one-stop place’ yang mempunyai semuanya dalam satu aplikasi sahaja. Sangat mudah!


Selain itu, terdapat dua langkah mudah bagaimana anda boleh mencari aplikasi kegemaran anda pada Petal Search Widget yang sudah dipasang pada HUAWEI Nova 7 anda.

Langkah 1: Tambahkan Petal Search Widget ke laman utama anda.

Langkah 2: Sekarang anda dah boleh mula mencari, memuat turun dan memasang aplikasi kegemaran anda di HUAWEI Nova 7 anda!

Mudahnya!

Gais, kejap! Ada lagi…Sekiranya anda ingin memenangi HUAWEI FreeBuds 3, kunjungi halaman Facebook HUAWEI dan anda hanya perlu Like, dan Share video ke halaman Facebook anda! Anda boleh lihat videonya di sini. Cepat ya gais sebab peraduan ini berakhir pada 7 Julai. Dah tak ada banyak masa lagi!

Ini Ciri-ciri Istimewa HUAWEI Nova 7

Selain daripada Petal Search Widget, berikut adalah beberapa ciri yang ada pada HUAWEI Nova 7 yang serba baru ini:


1. Reka bentuk

HUAWEI Nova 7 hadir dalam dua variasi spektakuler iaitu warna Space Silver dan Midsummer Purple.

2. Telefon Pintar 5G Selfie Terbaik

Untuk semua peminat fotografi di luar sana, HUAWEI Nova 7 hadir dengan Kamera Quad AI 64MP, Super Night Selfie 3.0, dan Mod Video Dual-View. Sudah tiba masanya anda upgrade media sosial anda!

3. Pemprosesan mudah alih yang sangat hebat

Kini boleh diakses dengan Prestasi 5G oleh Kirin 985 5G Soc Chipset

4. Powerkan hidup anda dengan HUAWEI SuperCharge 40W

SuperCharge 40W HUAWEI dapat mengembalikan kuasa hingga 75% ke telefon pintar anda hanya dalam masa setengah jam sahaja. Masa pengecasan lebih pendek tapi anda menggunakan telefon pintar anda lebih lama! Bestnya…

5. HUAWEI Share dan MeeTime

Dengan HUAWEI Share, HUAWEI Nova 7 membolehkan penyambungan lancar ke seluruh telefon pintar HUAWEI hanya dengan satu ‘tap’ sahaja. Anda boleh buat panggilan video dengan rakan HUAWEI yang lain dalam panggilan video 1080p Full HD dengan HUAWEI MeeTime.


Ganjaran Sebagai Ahli

Inilah saatnya untuk peminat HUAWEI bergembira! Dengan setiap pembelian HUAWEI Nova 7, anda dapat penuhi perut anda dengan makanan yang enak serta layanan yang luar biasa, bernilai sehingga RM1,000! Anda pilih sahaja makanan kegemaran anda. Antaranya adalah AirAsia Big, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Puma, Texas Chicken, Lazada, Free Fire dan banyak lagi!

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Jangan Tunggu Lagi!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai HUAWEI Nova 7, anda boleh terus pergi ke store HUAWEI hari ini. Dengan kelajuan 3x lebih pantas dan kapasiti 4x lebih besar, anda juga boleh membuat pra tempahan online HUAWEI WiFi AX3 dengan harga hanya RM299 untuk satu hari sahaja. Sebagai alternatif, ia juga akan berada di seluruh negara pada 10 Julai.

HUAWEI WiFi AX3 adalah Wi-Fi 6-enabled. Ini ditambah HUAWEI Nova 7 adalah pasangan yang sempurna kerana kedua-duanya dilengkapi dengan chipset Wi-Fi oleh HUAWEI, yang support frekuensi 160 MHz. Anda juga boleh sambung ke Wifi tanpa masukkan sebarang kata laluan!

Jom Tempah Sekarang

Untuk Pra tempahan online HUAWEI Nova 7 dan HUAWEI WiFi AX3 pada 7 Julai ini, anda klik di sini atau link ini.

Bagi Jualan Pertengahan Tahun HUAWEI 2020 pula anda tekan link ini. Di sini anda boleh ‘cuci mata’ dengan pelbagai produk HUAWEI yang sangat amazing dengan harga yang sangat berpatutan.

Khas untuk anda yang nak tahu dengan lebih lanjut lagi mengenai HUAWEI Nova 7; telefon pintar serba baru ini, anda pergi ke laman Facebook HUAWEI.

Amacam? Dah ready ke untuk dapatkan HUAWEI Nova 7? Kami dah ready ni. Anda bila lagi?