fbpx

“Larangan Pelakon Muda Disolek Jadi Tua Tak Masuk Akal”

Semalam, Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac mengeluarkan kenyataan tidak lagi membenarkan pelakon muda disolek untuk kelihatan tua bagi memegang watak veteran dalam drama atau telefilem mulai tahun depan.

Difahamkan, peraturan itu dikenakan bagi menjaga hak dan kebajikan artis veteran. Pengumuman tersebut menerima respon positif daripada netizen yang bersetuju dengan keputusan itu.

BACA: Micheal Ang Kritik Fesyen Pelik Peserta Dewi Remaja

Bagaimanapun, lain pula pendapat pengarah popular Michael Ang yang menyifatkan undang-undang baru FINAS itu sebagai tidak masuk akal kerana ia seolah menutup periuk nasi orang lain serta seakan menyekat kebebasan untuk berkarya.

https://www.instagram.com/p/B5FVXf4plch/?utm_source=ig_embed

“Aku beri kau satu contoh, katakanlah watak itu berumur 25 sampai ke 60 tahun. Aku ambik Syafika berlakon. Dia boleh berlakon sampai umur watak itu 38 tahun, selepas itu katakanlah umur dia dalam watak itu 40 tahun lebih, mestilah kena solek sikit supaya nampak tua, takkan dah umur 48 tahun kau kena tukar pelakon.

“Sudah tentu pelakon Syafika boleh berlakon menjadi orang tua. Kenapa pula tidak boleh? Pada aku, peraturan atau undang-undang yang dia keluarkan itu tak masuk akal,” katanya.

Dalam pada itu, Michael turut meminta FINAS mengkaji semula peraturan itu supaya tidak menimbulkan masalah kepada penerbit dan pengarah.