fbpx

Beli laptop tapi tahan tahan lama! Lepastu melingkup. Stress weh! Tapi jangan risau, dengan jangka hayat bateri yang super tahan, prestasi yang mengagumkan, dan kecantikannya yang tahan lama ini pasti membuatkan anda tak pandang yang lain dah. Inilah antara keistimewaan HUAWEI MateBook 14 yang buat kami geram jer nengoknya!

Kalau member anda pass laptop kepada anda time anda nak buat assingment atau pun nak buat kerja, memang masa tu heaven kalau mereka bagi anda pinjam. Come on, barang FREE kot, siapa yang tak nak kan?

Tapi kalau barang yang diberi tu laptop yang dah ‘berusia’, alamak memang senyum awkward lah kat situ. Lama kelamaan laptop tu akan ‘mati’! Bukan tak bersyukur tapi inilah hakikat yang anda kena hadapi. Setuju ke idok?

Ada Ke Laptop Tahan Lama?

Cuba anda bayangkan nak simpan duit pergi bercuti (selepas COVID-19 hilang lah), menghayati keindahan pantai, siap dengan pakej mengurut, tup tup, laptop rosak lah pulak. Dah tak pasal-pasal jer kena beli yang baru? Arghhhh stress!!!!

Duit habis macam tu…Frustnya! Kenapa tak ada pengeluar yang cipta laptop tahan lama yer?

Kami tahu, kita kalau nak beli laptop mesti kita akan take note 3 benda penting ni kan?
1. Berapa lama baterinya tahan?
2. Berapa pantas dia boleh memproses data?
3. Adakah ia akan kelihatan seperti artifak kuno dalam masa 3 tahun akan datang?

Laptop ni memang tak dapat dinafikan sangat banyak. Banyak jenama-jenama yang buat berbinau mata nak memilihnya. TAPI! Walaupun pilihannya cukup banyak, adakah harga yang dicari tu berbaloi dan kena dengan bajet anda?

Takkan nak spend RM4,000 untuk barang yang tak baik? Rugi bhai! Harga mahal tapi specs ntah apa-apa jer. Sebab tu orang cakap, sebelum membeli tu usha-usha dulu, buat research sebelum anda nak serbu beli!

Memang Tak Mengecewakan!

Kami ada barang baek untuk anda! HUAWEI MateBook 14 yang baru. Kalau anda tengok memang cukup perfect! Dia punya performance memang wow! Mid-ranger yang sempurna ikut apa yang anda nak dan perlukan.

HUAWEI MateBook 14 ini lebih daripada FullView dan tidak seperti laptop yang lain. Banyak lagi features yang ditawarkan untuk menjadikan hidup anda lebih indah! Memang tak mengecewakan.

Ini Sebab HUAWEI MateBook14 Tahan Lebih Lama

So anda kena tahu sebab apa HUAWEI MateBook 14 boleh digunakan lebih lama!

1. Prestasi cipset lebih tinggi daripada laptop lain dengan harga yang sama, memori SSD 16GB/512GB yang besar

HUAWEI MateBook 14 dilengkapi dengan AMD Ryzen™ 4000H Series Mobile Processor. Dalam kebanyakan senario, laptop nipis dan ringan sudah cukup untuk kegunaan pejabat.

Ramai pengeluar menggunakan cipset berprestasi tinggi untuk laptop mereka untuk main game. Mungkin ada di kalangan rakan anda yang mempunyai laptop ini untuk bermain game, menyunting dokumen atau video. Betul tak? Laptop jenis ini sebenarnya berat dan mahal.

Untuk info anda, HUAWEI sebenarnya menggunakan cipset tahap prestasi game dalam komputer riba ultra tipis ni. Memang betul-betul menembusi industri tau.

Dengan cipset ini, dan RAM hingga 16GB, anda tidak perlu risau ketika melakukan penyuntingan gambar dan video berskala besar, lukisan kejuruteraan, permainan 4A, dan ujian perisian besar yang lain. Haa. itu belum lagi masuk perisian pejabat biasa!

Laptop ini memang berprestasi baik harus dipadankan dengan peresapan haba yang baik! MateBook 14 mempunyai sistem peresapan haba dual- fan HUAWEI Shark fin, yang bukan sahaja dapat menghilangkan haba dengan cepat, tetapi juga sangat pantas!

2. Satu-satunya Paparan FullView 2K Dengan Harga Yang Ditawarkan

HUAWEI MateBook 14 adalah satu-satunya skrin sentuh penuh 2K yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Sama ada anda edit gambar, video, atau hanya menonton filem setiap hari, dengan Paparan FullView 2K, gambar akan jadi sangat jelas.

Dengan nisbah aspek 3:2 laptop, lebih banyak bentuk dan teks dapat ditunjukkan ketika anda menggunakan office software semasa bekerja. Laptop yang lain hanya dapat melihat 10 baris jer secara sepintas lalu, tetapi MateBook 14 dapat mencapai 15 baris secara sepintas lalu. Wow!

Skrin HUAWEI MateBook 14 telah disahkan oleh TÜV Rheinland untuk mengurangkan lampu biru berbahaya untuk melindungi mata anda!

Sebagai tambahan, kamera tersembunyi HUAWEI MateBook 14 yang unik bukan sahaja membantu laptop mencapai nisbah skrin-ke-badan 90%, tetapi juga mencegah laptop dari digodam dan membantu melindungi privasi anda. Gabungan kesemua faktor-faktor ini, skrin HUAWEI MateBook 14 boleh dikatakan skrin yang sangat produktif!

3. Telefon dan PC 2 dalam 1 – HUAWEI Share

HUAWEI Share adalah teknologi eksklusif HUAWEI. Dengan satu tap untuk disambungkan, telefon dan PC digabungkan menjadi satu.

Anda tidak memerlukan kabel dan Internet pantas untuk transfer file atau gambar antara PC dan telefon anda. Malah anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih di PC anda.

Anda juga dapat mengedit file di telefon dan PC secara langsung melalui sambungan yang lancar dan of course dengan kerjasama skrin yang cekap. Untuk anda yang workaholic, anda boleh menggunakan mikrofon dan kamera PC untuk menjawab panggilan telefon anda secara langsung dari PC. Jadi tidak perlu bimbang untuk membuat panggilan ke pelanggan atau bos anda.

4. Menggabungkan power button dan cap jari menjadi 1 – Fingerprint Power Button

HUAWEI Matebook 14 disertakan dengan pembaca cap jari pada butang power. Satu tap untuk menghidupkan laptop dan log masuk ke desktop anda. Menjimatkan masa untuk anda masukkan kata laluan dan mengelakkan rasa malu kerana lupa kata laluan juga! Oops!

5. Menggabungkan pengecas Telefon dan PC menjadi 1 – Pengecas Pocket

Pengecas poket HUAWEI MateBook14 sesuai berada di dalam poket anda dan menyokong pelbagai peranti, yang mampu mengecas super tinggi untuk telefon dan tablet anda.

Hanya satu pengecas untuk semua kegunaan. Jadi anda tidak perlu ‘menyemakkan’ beg anda dengan pelbagai cas dan kabel semasa anda keluar nanti. Jimat ruang beg uols..

6. Craftman Design untuk menjadikan anda nampak bergaya

HUAWEI MateBook 14 menampilkan reka bentuk minimalis dengan perincian yang tepat dan teliti. Sangat ringan gais. Beratnya yang hanya 1.49kg dan tebalnya hanya 15.9mm untuk laptop 14 inci.

Terdapat di Space Grey, inilah laptop yang berprestasi tinggi dan tak perlu nak korbankan prestasi anda untuk nilai yang lebih estetika. Lebih-lebih lagi, pada badannya dari aluminium yang tinggi dan dihasilkan melalui proses anodising dengan 40 langkah. So sangat tahan lasak!

Pre-Order Sekarang!

HUAWEI MateBook 14 memang sangat cekap dan membantu anda menyelesaikan banyak perkara dalam penggunaa seharian anda. Anda ada plan ke nak buang laptop ni kalau dah ada satu? Mestilah tak kan. Gila awesome kot.

HUAWEI MateBook 14 akan mula dijual secara rasmi mulai 30 Oktober di Malaysia, bermula dari harga RM3,799.

Pre-order akan bermula dari 26 Oktober hingga 29 Oktober, dan anda akan menerima hadiah bernilai sehingga RM1177, termasuk HUAWEI FreeBuds 3, beg galas, mouse bluetooth dan earbud TWS. Siapa cepat dia dapat!

Sementara itu, kalau anda ada pilihan lain, nak cari harga under bajet, jangan risau, HUAWEI MateBook Series akan pastikan ada banyak lagi pilihan laptop lain yang akan memenuhi kehendak anda.

Klik di laman web rasmi HUAWEI untuk maklumat lebih lanjut! Anda juga boleh pergi ke store HUAWEI partner untuk membuat pesanan awal MateBook 14!