fbpx

Laporan: Saiful Apek & Tiga Rakan Bebas Dari Tuduhan Mengambil Dadah

Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini melepaskan dan membebaskan Saiful Apek dan juga tiga orang rakan beliau daripada tuduhan mengambil dadah ganja, dua tahun lalu.

Berita Harian melaporkan yang Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Saiful Apek dan juga tiga orang rakan’nya.

Saiful Apek dan tiga rakannya dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang jam 11 malam, 12 Jun 2010.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda.