fbpx

Lewat petang tadi, kami menerima sekeping kertas bersaiz A4 yang di’dakwa sebagai salinan kepada laporan polis yang di’buat secara rasmi.

Laporan polis ini adalah hasil laporan wanita berusia 29 tahun yang menjadi mangsa insiden sepak muka oleh seorang selebriti bergelar pengacara popular sebuah rancangan gossip di Malaysia.

Keterangan mangsa menerusi laporan ini menyebut kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 1 April 2012 yang lalu & mangsa turut menyebut nama & identiti selebriti itu selain menyebut program yang di’kendalikan pengacara tersebut saban minggu.

Melalui media 24 jam yang lalu, pengacara yang di’kaitkan dengan insiden ini memberikan kenyataan menafikan sebarang penglibatan. Laporan polis yang kami terima ini menggambarkan situasi sebalik’nya.

[nggallery id=17]