fbpx

Laporan Polis Dakwa Artis Pukul Pembantu Peribadi Tular

Sejak malam tadi hangat diperkatakan laporan polis mendakwa pelakon wanita memukul pembantu peribadi baru-baru ini tular di laman sosial.

Menerusi laporan berkenaan pelakon yang dimaksudkan ialah Uqasha Senrose dan dalam laporan sama, sepupunya yang juga pelakon Aprena Manrose didakwa turut terbabit memukul individu berkenaan.

BACA: “Debik Pembantu Peribadi? Ingat Aku Gengster Sangat Nak Debik?” – Uqasha Senrose

Dalam laporan yang dibuat oleh wanita berusia tersebut kejadian berlaku di pejabat Senrose Cosmetic pada 6 Ogos lalu.

Menurutnya, ketika perbincangan Aprena didakwa menepuk mulutnya berkali-kali dan memukul bahagian lengan menggunakan penyangkut baju.

Manakala Uqasha pula didakwa membaling kotak, merentap tudung dan meludah kepada dirinya. Menurut laporan itu lagi, wanita itu juga mendakwa diacu menggunakan gunting selain diugut.

Difahamkan, wanita terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Selayang pada 14 Ogos lalu.

SUMBER: Harian Metro