Lapan Tahun Menanti Zuriat, Elizad Pernah Minta Suami Kahwin Lain
Usia perkahwinan sudah memasuki lapan tahun, pelakon Siti Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahmah berkata mereka masih bersabar menantikan cahaya mata sulung.
Elizad berkata dia enggan terlalu berharap serta percaya bahawa Allah sudah aturkan yang terbaik mengenai soal zuriat.
BACA: Siti Elizad Mula Hafal Ayat-Ayat Suci Al-Quran
“InsyaAllah tahun ni rasanya akan cuba lagi. Kalau tak ada juga kami reda sahaja la dan enjoy hidup berdua. Stres juga setiap tahun mencuba tapi masih belum menjadi, jadi saya malas dah nak fikir, lagi pula umur pun dah meningkat tak nak la stres-stres, nak tenang-tenang sahaja.
“Cuma kadang-kadang bila orang push tentang anak, tu yang rasa geram… kalau buat anak ni macam mesin tak apa juga,” katanya.
View this post on Instagram
Semalam, Elizad memuat naik perkongsikan sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-8. Menerusi entri itu, Elizad reda dengan apa yang ditentukan Allah serta memohon peminat mendoakan mereka.
Dalam pada itu, Elizad berkata soal zuriat tidak menjadi isu dalam rumah tangga kerana suaminya mempunyai dua cahaya mata dari perkahwinan terdahulu.
“Ada juga tanya suami kalau dia nak kahwin lain… tapi dia kata dah ada dua anak sebelum ini, jadi dia tak rasa zuriat ini isu dalam rumah tangga kami,” katanya.
Pada November 2020, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil.
- SUMBER
- mStar Online
Oo..suami dah ada 2 anak sebelum ni. Ok la tu, just fokus layan anak tiri mcm anak kandung sendiri. Insyaallah, dikurniakan perasaan yg sama mcm ibu kandung. Allah Maha Besar dan Maha Adil. In fact, its not just 2 of u. Its 4 of u
Yg suami tu mmg da ada anak sendiri tp elizad pun nk gak anak dia sendiri..mcm dato siti jugak..datuu k da ada 4 org anak tp siti nk gak anak sendiri..cuma elizad dgn laki dia muda le lagi nk dpt anak tu ok lg..datuk k tu takut x smpt tgk anak kekecik tu masuk skolah je huhu
Mati tak kira usia. Dengki ctdk lew tu. Ramai jah mati muda. Orang lama jaga kesihatan tuh panjang umur. Bukan kesihatan luaran ja. Kesihatan tutur kata pon jaga. Jangan jadi serupe Intan muda sikit dari Datuk K tapi udah sakit mental. Asal ada gosip jah Intan datang komen. Koh Koh Koh koh