fbpx

Langkawi Tidak Perlukan Jambatan – Tun Mahathir

Okay. Mari mulakan post di’sini setelah lama menghilang dengan berita dari Pulau Langkawi.

Hari ini Tun Mahathir memberi pandangan yang Pulau Langkawi tidak memerlukan sebarang jambatan yang menghubungkan pulau pelancongan itu dengan tanah besar.

Isu jambatan ini timbul setelah Ketua UMNO Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad menyarankan kerajaan membina jambatan atas permintaan penduduk Pulau Langkawi sendiri.

Alasan’nya adalah kerana memudahkan urusan penduduk Langkawi untuk ke tanah besar & menjimatkan kos pengangkutan.

Maaf penduduk Pulau Langkawi, aku sebagai salah seorang peminat besar Pulau Langkawi terpaksa bersetuju dengan saranan Tun Mahathir.

Bukan sahaja Pulau Langkawi bakal di’penuhi kereta luar, malah sampai satu masa nanti, Pulau Langkawi akan hilang nilai eksklusif sebuah pulau pelancongan. Sumber: Utusan Malaysia