fbpx

LANGGAR: Menangi iPad Mini Eksklusif Bersama Autograf Adi Putra

Kurang seminggu daripada sekarang, filem Langgar akan menjengah ke pawagam berhampiran anda dan barisan pelakon yang terlibat sudah cukup untuk buat anda teruja menunggu.

Menampilkan Adi Putra sebagai teruja utama, Langgar turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Hans Issac, Namron, Khir Rahman, Natasha Hudson, Zul Huzaimy dan ramai lagi.

Filem Langgar mengisahkan Nizam (Adi Putra), seorang cikgu biasa yang terpaksa berkecimpung dalam dunia gangster untuk mencari pembunuh isteri dan anaknya yang masih dalam kandungan.

Didorong oleh dendam, filem ini berfokus kepada transformasi Nizam dari seorang manusia biasa kepada seorang pembunuh tanpa belas kasihan. Tetapi seperti yang kita semua tahu, harga dendam tidak murah.

Adakah Nizam bersedia untuk mengorbankan segala-galanya untuk memenuhi nafsu membalas dendam terhadap kematian ahli keluarganya?

Menangi iPad Mini Dengan Autograf Adi Putra

Filem Langgar (iPad Mini) - ROTIKAYA

Khas untuk pembaca Rotikaya.com, pihak Tayangan Unggul berbesar hati untuk menghadiahkan sebuah iPad Mini yang di’tandatangani oleh hero filem Langgar sendiri Adi Putra kepada seorang pembaca bertuah — ia’nya mungkin anda sendiri.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah tinggalkan ayat paling kreatif di’ruangan komen dengan melengkapkan “Saya ingin menonton Langgar pada 11 April ini kerana …”

20 pemenang saguhati juga akan terpilih untuk memenangi cenderahati eksklusif filem Langgar dari Tayangan Unggul. Pastikan anda menggunakan akaun Facebook sendiri & boleh kami hubungi menerusi sistem pesanan (message) Facebook. Go!