fbpx

Lana Nodin Terkejut Suami Beri Cincin RM100,000 & BMW Sport

Bertuah sungguh Lana Nodin apabila dia menerima hadiah berupa cincin berlian hampir RM100,000 serta sebuah kereta BMW Sport sempena hadiah perkahwinannya selain mengakui terkejut dengan perkara tersebut.

Power! Perjuangan Anak Kepada Ayah Maka Terhasilnya Produk Hebat Ini

Kalau sebut jer tentang penyakit tiga serangkai, pasti kita akan rasa takut kan? Yelah siapa jer yang nak penyakit ini 'hinggap' pada badan kita? Tiada siapa pun yang nak weh. Anda jangan tak tahu, ada...

Baca Lagi

BACA: Di Sekitar Majlis Resepsi Lana Nodin & David McKenzie

Jelas Lana, dia hanya tahu mengenai cincin berlian tersebut ketika upacara membatalkan air sembahyang selepas akad nikah. Selain itu, pelakon ini juga turut menerima seutas jam tangan daripada David berharga RM25,000.

“Saya tak sangka ketika David (Daud) sarungkan cincin tadi, dia kejutkan saya dengan cincin idaman saya. Saya pernah lihat cincin tersebut ketika mengunjungi Amerika Syarikat beberapa bulan lalu,” katanya yang bakal mengkuti suaminya ke Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Lana yang ditemui di Hotel Palace Of Golden Horses selepas majlis pernikahannya pada pagi Jumaat bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran diberi suaminya selain menyatakan wang tersebut telah diserahkan kesemuanya kepada ibu dan bapa saya beliau. (rtky/s)