fbpx

Lana Nodin Namakan Anak William Daud

Selamat melahirkan cahaya mata kedua sudah sebulan lalu, Lana Nodin berkongsi nama bayi keduanya, William Daud bersempena nama bapa suaminya. Berita itu dikongsikan Lana menerusi video suaminya sedang mengazankan anak.

BACA: Lana Nodin Sedia Untuk Tambah Anak

“Sudah lebih sebulan anak kedua kami, William Daud Mckienzie dilahirkan. Kami sepakat mengabadikan nama bapa suami untuk anak lelaki kami itu. William dilahirkan secara pembedahan dengan berat 4.15 kilogram”

“Alhamdulillah, hasrat kami untuk menimang anak lelaki akhirnya menjadi kenyataan. Keluarga suami juga gembira kerana sudah lama mereka menantikan kehadiran bayi lelaki sebagai penyambung waris”

Menurut Lana, proses kehamilan bayi kedua mereka kali ini sedikit menguji apabila beliau mengalami pendarahan ketika usia kandungan mencecah tujuh bulan, namun semua kesakitkan itu bagaikan hilang bila menatap wajah bayi.

“Melihat wajahnya sebaik dilahirkan membuatkan hati saya tenang. Lupa segala dugaan yang pernah saya harungi sebelum melahirkannya. Wajah William banyak ikut iras suami, malah matanya juga kebiruan. Rupanya memang macam mat salih,” katanya.

Terdahulu, video suami Lana yang juga mualaf mulai viral apabila suaminya sedikit pun tidak kekok mengazankan bayi mereka. Ramai juga memuji dan kagum dengan tindakan suami Lana itu. (rtky/w)