fbpx

Lana Nodin Belum Mahu Kongsi Gambar Anak

Kerap kali diminta untuk berkongsikan gambar wajah anak pertama mereka, Lana Nodin memohon semua pihak memahami keputusan yang diambil oleh suaminya untuk tidak mendedahkan wajah anak perempuan mereka, Gia Quinn Mckienzie yang kini berusia enam bulan buat sementara waktu bagi memberi ruang untuk mereka menikmati tugas sebagai ibu bapa.

BACA: Lana Nodin Mengamuk Status Anak Dipersoal

“Tidak dinafikan ramai yang meminta saya memuat naik gambar Gia, namun saya menghormati keputusan suami untuk tidak berkongsi foto anak kami di media sosial buat sementara waktu. “Julung kali bergelar ibu bapa, kami ingin menikmati detik indah memikul tanggungjawab ini berdua dulu. Insya-Allah saya pasti berkongsi gambar Gia apabila tiba masanya.

“Lagipun, saya memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tanpa bantuan pembantu. Gambar saya sendiri pun jarang dimuat naik kerana sibuk dengan rutin harian, takut tidak menang tangan pula nanti,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dengan keputusan mereka untuk tidak mendedahkan wajah bayi perempuan pertama mereka di laman sosial sementara waktu.

Pada masa yang sama, Lana menghormati pendekatan yang diambil oleh suaminya untuk tidak terlalu terbuka menunjukkan wajah anak pertamanya di media sosial. Namun bagaimanapun, Lana berkata, beliau pasti akan menunaikan hasrat peminatnya dan berkongsikan wajah anak perempuan pertamanya kepada umum apabila sudah tiba masanya nanti. (rkty/w)