fbpx

“Lama Simpan Gambar Ini, Kalau Upload Kena Kacau”

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad sah dilantik menjadi Perdana Menteri ke-7. Rata-rata selebriti Malaysia meluahkan rasa gembira dan memuat naik gambar Tun M di media sosial.

Tidak terkecuali, pelakon Rozita Che Wan juga turut memuat naik gambar Tun M sebagai tanda sokongan. Namun, rata-rata netizen mengecam Che Ta dan memanggilnya ‘lalang’ kerana dikatakan dengan tiba-tiba menyokong PM ketujuh itu.

BACA: “Duit Cukai Aku Bayar BR1M Kau, Sedar Sikit!”

Namun, menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya, Che Ta menjelaskan dia tidak boleh secara terang-terangan menyokong pembangkang kerana bimbang ada pihak yang akan cuba mengganggu keluarganya.

Katanya lagi, ramai selebriti menjadi penyokong dalam diam kerana tidak mahu hal politik mengganggu urusan kerjaya seni mereka.

Lepas ni boleh upload gambar lagu mana pun

“Lama saya simpan gambar ini. Tak boleh upload, nanti mereka kacau, suruh padam delete. Ucap selamat hari jadi pun salah, upload surat Tun ucapkan terima kasih sebab ucap selamat hari jadi untuk beliau pun tak kena.

“Saya tak boleh terang-terang sokong pembangkang (sebelum ni). Mereka ada kuasa, mereka boleh buat apa saja. Saya banyak tanggungan, takut kalau perniagaan kena kacau. Muka kena banned keluar TV. Susah nak cari makan,” katanya.

Tambah Che Ta, dia kagum dengan rakan selebritinya seperti pelakon Ben Ali dan Fathia Latiff yang tidak takut untuk menyokong Tun M secara terang-terangan.

Che Ta juga memberitahu, dia tidak peduli jika dituduh lalang dan dia meluahkan rasa syukur dengan perlantikan Tun M sebagai Perdana Menteri baru.