fbpx

Lama Menghilang, Ira Kazar Kongsi Video Bermain Dengan Anak Kecil

Lama rasanya tak dengar cerita mengenai isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar selepas lama menyepi dari media sosial.

Hari ini media sosial Ira menjadi perhatian apabila dilihat memuat naik video terbaru di Insta Story.

BACA: Ira Kazar Hamil, Syamsul Yusof Pula Alami Alahan?

Menerusi video itu, Ira mengenakan baju  berwarna hijau dilihat sedang tersenyum bermain dengan seorang kanak-kanak.

Dapat dilihat wajah Ira yang kelihatan berseri serta bentuk badannya juga sedikit berisi.

Terdahulu, hangat diperkatakan dakwaan Ira kini sedang berbadan dua. Malah ada dakwaan mengatakan, Syamsul mengalami alahan sepanjang tempoh kehamilan isterinya.

Untuk rekod, Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar yqng juga merupakan anak kepada aktor Kazar Saisi pada 6 Januari 2023 di Thailand.