fbpx

Bersempena dengan cuti sekolah yang sudah bermula kini, pasti kaum ibu bapa terutamanya geng mak-mak akan mula berfikir apakah aktiviti yang menarik untuk dilakukan seisi keluarga.

Bercakap bab aktiviti, kami kongsikan dengan anda apa yang patut geng mak-mak lakukan untuk anak anda. Menariknya, aktiviti ini turut dilakukan oleh Elvina yang menjayakan watak Zehan dalam siri drama Geng Mak-Mak: Edisi Cuti Sekolah.

Nak tahu apa yang Zehan lakukan untuk anak-anaknya menjelang cuti sekolah? Jom layan trailer episod kedua drama bersiri ini.


Anda pasti dapat lihat apa 3 aktiviti yang kami maksudkan itu bukan? Jadi tak salah pun jika anda culik sedikit idea Zehan ini dan kemudian lakukan bersama anak anda semasa cuti sekolah ini. Hasilnya hanya anda yang tahu. Sama ada berjaya ataupun just go with the flow sahaja!

Lagi best jika anda turut sama menggunakan Darlie untuk menyegarkan lagi hari anda dengan senyuman. Ketika itu barulah setiap apa yang anda plan untuk anak anda menjadi!

Nak tahu lebih banyak idea dan ragam mak mak, jangan lupa untuk terus menonton Geng Mak-Mak: Edisi Cuti Sekolah di Astro Gempak

Daripada drama bersiri ini kaum ibu terutamanya dapat belajar apa yang patut dilakukan dan apa yang patut dielakkan supaya anak anak anda tidak sentiasa dalam kebosanan.

Geng Mak-Mak: Edisi Cuti Sekolah ini menceritakan mengenai kisah seorang bakal ibu, Dahlia lakonan Nad Zainal yang cuba belajar untuk menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anaknya daripada 5 orang sahabat yang juga bergelar ibu. Mereka sentiasa ada untuk satu sama lain dalam mengatasi masalah yang dihadapi dalam apa jua situasi.

Turut menjayakan siri drama ini ialah Rita Rudaini sebagai Kak D, Fatin Afeefa sebagai Rose dan Sazzy Falak sebagai Elanor. Jadi golongan ibu bolehlah menanti setiap episod rancangan drama khas buat anda ini. Jangan lupa save the date okey!