fbpx

Lakukan 3 Cara Ini Untuk Dapatkan Liputan Wi-Fi Sepantas Kilat

Selain data internet di telefon bimbit, Wi-Fi juga penting bagi mereka yang sering bekerja dengan komputer, misalnya peniaga online. Golongan ini sudah semestinya memerlukan kelajuan data yang pantas dan cepat seperti kilat bagi melaksanakan kerja.

Tapi itulah, bila sudah langgan Wi-Fi di rumah ada pula masalah yang timbul, sekejap dapat liputan sekejap tidak. Situasi sebegini yang boleh buatkan anda bertukar hijau! Jangan risau, mulai sekarang anda sudah tak perlu sakit hati bila Wi-Fi di rumah anda buat masalah sebab unifi ada cara paling berkesan untuk anda atasi masalah ini, kiranya kalau anda main game tu tiada lagilah masalah loading berjam-jam.

Anda hanya perlu lakukan 3 perkara ini sahaja untuk dapatkan liputan Wi-Fi terbaik:

1. Wi-Fi Deadzone

Jika anda mengalami masalah Wi-Fi deadzone dimana di dalam kawasan rumah hanya part-part tertentu sahaja yang dapat liputan Wi-Fi. Senang cerita bila anda ke dapur sahaja liputan Wi-Fi anda sekejap dapat sekejap tak. Bila jadi kes sebegini jangan cepat nak marah atau pergi restart modem tu pula.

Cara untuk atasi masalah Wi-Fi deadzone ini anda hanya perlu pastikan kedudukan modem anda tidak terhalang oleh dinding atau penghala Wi-Fi yang terdapat pada modem tu tidak disekat. Kiranya anda harus pastikan terlebih dahulu kawasan luaran modem tu tiada gangguan. Baru lah boleh dapat Wi-Fi yang laju.

2. Isu Dua Jalur

Ini masalah Wi-Fi yang sering buat kaki game dan movie mengamuk. Cuba bayangkan apabila tengah syok-syok layan game mahupun movie tiba-tiba internet pula loading seperti siput. Kadang-kadang itu, sehingga 10 minit loading. Memang akan berasap lah telinga masa ini.

Tetapi masalah wi-Fi sebegini boleh sahaja diatas dengan mudah, hanya perlu tahu caranya sahaja. Dengan unifi Dual Band Router, anda kini boleh memilih sama ada anda mahu meningkatkan tahap kelajuan internet ataupun mendapatkan liputan yang bagus.

Jika anda mahu menonton movie ataupun bermain game, pilih sahaja 5GHz untuk anda dapatkan tahap kelajuan sepantas kilat. Tetapi jika anda hanya mahu scroll Facebook dan Instagram, anda boleh pilih sahaja 2.4GHz untuk dapatkan liputan Wi-Fi yang sederhana. Mudah kan?

3. Gangguan Lain

Ramai orang memandang rendah tentang kepentingan meletakkan modem Wi-Fi di tempat yang sesuai di dalam rumah mahupun di pejabat. Untuk anda yang tak tahu, kesilapan kecil ini juga antara sebab liputan Wi-Fi menjadi lambat.

Mungkin anda tidak sedar dengan meletakkan modem Wi-Fi berdekatan dengan rak ataupun meja akan memberi kesan gelombang signal yang lebih kuat. Tetapi jika anda letak modem anda di atas tanah atau di belakang objek lain biasanya menghasilkan prestasi yang lebih buruk kerana terhalang.

Bukan itu sahaja, bahan seperti konkrit dan logam juga boleh menjadi penghalang terbesar dari isyarat Wi-Fi. Lagi-lagi jika anda letak modem Wi-Fi anda berhampiran ketuhar pembakar, akuarium, cermin dan barang hiasan yang mempunyai cermin atau berkilat boleh menjejaskan sambungan Wi-Fi anda.

Ia kerana ada daya yang menghalang semua medan gelombang elektromagnet. Jadi mulai hari ini, pastikan anda letak modem Wi-Fi anda di kawasan yang jauh dari bahan perhiasaan jika anda mahukan data internet anda laju okay!

Selepas ini anda jika anda gangguan pada Wi-Fi anda jangan naik angin mahupun telefon customer service untuk luah perasaan. Ikut sahaja tips-tips diatas okay!

Jangan lupa layari laman web rasmi unifi untuk lebih banyak info.